BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label redha. Show all posts
Showing posts with label redha. Show all posts

Friday, June 30, 2017

Sun Rise at Pantai Batu Burok

Salam dan selamat pagi.
Indah sungguh panorama mentari terbit di gigi air Pantai Batu Burok.
Sungguh indah ciptaan Ilahi
Sudah pasti melekat di hati
Menjadi kenangan di suatu pagi
Menyelusuri pantai menanti
Terbitnya sang mentari...

Sunday, December 8, 2013

Banjir Melanda Lagi!

Bila tibanya penghujung tahun, negeri-negeri pantai timur akan dilanda banjir. Boleh dikatakan setiap tahun, negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor akan dilanda banjir. Ini sudah lumrah kerana pada waktu ini iaitu dari bulan November angin monsun timurlaut akan bertiup dan membawa hujan lebat di negeri-negeri ini. Penduduk di negeri-negeri ini juga pun sudah maklum akan kedatangan banjir ini saban tahun.

Namun kali ini, bencana banjir yang melanda negeri-negeri berkenaan agak luar biasa terutamanya bagi negeri Pahang dan khasnya bagi bandar Kuantan. Mangsa banjir bagi Pahang mencatat jumlah yang besar iaitu melebihi 40,000 orang dan daerah Kuantan sahaja meliputi separuh daripada angka tersebut! Kenapa ini berlaku? Adakah kerana pembangunan yang pesat di Kuantan puncanya!

Bandar Kuantan mulai dinaiki air apabila hujan tidak berhenti-henti dalam tempoh 2 hari bermula pada 2 Disember hingga 3 Disember. Nadi Kuantan lumpuh apabila semua jalan utama di Kuantan ditenggelami air. Hujan berlarutan selama hampir seminggu. Kawasan rendah seperti Perkampungan Sg Isap, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru dan Permatang Badak ditenggelami air.  Kejadian banjir ini mengingatkanku tentang banjir pada tahun 2001 yang kami alami. Nak tahu ceritanya klik sini. Juga kejadian aku terperangkap dalam banjir pada tahun lepas..klik sini untuk baca!

Kali ini, aku dan keluarga selamat, syukur alhamdulillah. Namun risau tetap bertakhta di hati pabila melihat hujan mencurah-curah tanpa henti...semoga mereka yang terlibat sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah. Hanya doa yang tidak putus-putus aku panjatkan ...setiap kali selepas solat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Semoga mereka yang terlibat dengan banjir kali ini tabah, Allah menguji hambaNYA untuk meningkatkan darjat keimanan seseorang...

Untuk melihat gambar-gambar banjir di Kuantan, sila klik Life @ Kuantan

Saturday, December 8, 2012

Syukur...

Petang tadi aku,along,angah,wani,ira dan syu beli aiskrim di kedai 100 yen. Semua seronok dapat makan aiskrim tu....selepas bayar kami pun berjalan menuju ke kereta.
Tiba-tiba aku terlihat angah berlari semula ke arah kedai 100 yen tu. Sambil diikuti suamiku dari belakang. Rupa-rupanya angah tertinggal pursenya di kaunter kedai tu.. Ketika itu aku, along ,wani,ira dan syu dah berada dalam kereta.
Dipendekkan cerita purse angah tidak dijumpai. Suamiku memohon menonton cctv di kedai itu....ternampak purse itu diambil oleh seorang pelanggan yang baru keluar dari kedai100 yen tu...beliau melilau-lilau mencari pemilik purse tu, tapi tak berjumpa!
Usai solat maghrib, aku kedapur untuk menyediakan bahan memasak...tiba-tiba loceng rumahku di tekan orang. Cuba teka siapa dia?
Tak disangka-sangka pelanggan yang mengambil purse tu datang menghantar purse tu....terima kasih tak terhingga aku kepadanya sekeluarga.
Allhamdulillah, syukur kpd MU kerana memudahkan hal ni...

Saturday, January 21, 2012

Terperangkap!


Gambar ini sempat dirakamkan oleh rakan sekerjaku yang sama-sama memandu pulang ke rumah pada jam 1.20 tengahari semalam (20 Jan.,2012). Jemm teruk jalan nak balik ke IM. Kelazimannya hanya mengambil masa 20 minit sudah sampai ke rumah. Tapi semalam mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam!

Aku terperangkap lagi dalam situasi ini apabila balik dari perjumpaan dengan PM dengan Kakitangan Awam di UMP. Melepasi saja trafik light Gambang, jalan menjadi sesak! Terlihat 4 kereta tersadai di bahu jalan kerana kemalangan! Bertolak dari UMP lebih kurang jam 12.00++ t/hari, lebih kurang 1.30 baru sampai di rumah. Biasanya 30 minit saja, ini sampai hampir-hampir 1 jam.

Semua ini berlaku gara-gara ramai yang balik bercuti sempena CNY! Di ibu kota agaknya dah sunyi sebab penghuninya ramai yang balik bercuti atau menyambut CNY....

Thursday, December 29, 2011

2011 ~Tahun penuh kedukaan:((

tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya,
namun kenangan tetap terpahat di hati,
meninggalkan kesan yang tak mungkin dilupakan,
di tahun ini, aku kehilangan ayahanda tercinta,
tanggal 20 April, bak kembali ke rahmatullah
setelah mengidap strok hampir setahun...
semoga bak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...

tanggal 10 Oktober, aku dikejutkan dengan pemergian
seorang teman yang mengidap barah...
walaupun berjuang membebaskan diri dari penyakit ini
namun janji Tuhan tepat dipatuhi
sampai ketikanya allahyarham Engku Nor Adillah pergi jua

ketika seronok bercuti di akhir tahun..
aku mendapat perkhabaran yang menyedihkan
seorang lagi teman jua telah pergi menghadap Maha Pencipta
tepat masa ketikanya seperti dijanjikan setiap yang hidup akan mati
Allahyarham Wan Rosliza menghembuskan nafasnya
pada 12 Disember,
juga kerana serangan strok dan kerana penyakit SLE
yang sekian lama diidapinya...
semoga mereka dicucuri rahmatMu dan ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman....amin
Al -Fatihah

Monday, October 10, 2011

Bila tiba saatnya...



bila tiba saatnya...
kita pun akan ke sana
itu yang pasti!

bila tiba saatnya...
itu yang dijanji
pasti akan berlaku!

bila tiba saatnya...
kita menemui Maha Pencipta
tepat pada waktunya!



semoga roh allahyarhamah Engku Nor Adillah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman ~ Al-Fatihah.


Wednesday, September 29, 2010

Rutin Harianku Berubah.....


lazimnya selepas sekolah

aku sibuk mengambil dan menghantar
anak-anakku...angah dan ira ke
kelas tambahan, pusat tuisyen atau ke KAFA
atau mengambil syu jika suamiku 'out station'

tapi kini
semenjak bak dimasukkan ke wad 8B di HTAA
aku terpaksa mengubah rutin harianku
jika aku mengambil syif menjaga bak di sebelah petang
angah, wani dan ira terpaksa menolongku
mengambil syu dari sekolah...
alhamdulillah mereka faham situasiku...

jika aku...
menjaga bak di sebelah malamnya pula
aku menyerahkan tugas mengejutkan anak-anak
di waktu pagi kepada suamiku
alhamdulillah suamiku memahami dan mengerti
kesulitan yang aku hadapi kini...

cuma satu...
yang bermain di benak fikiranku
bagaimana aku terpaksa menguruskan anak-anak
dan menjaga bak...
jika suamiku terpaksa 'out station' dalam jangka masa lama
sebagaimana yang berlaku sebelum ini....
semuanya aku berserah kepada Yang Maha Kuasa
kerana setiap sesuatu kekusutan pasti ada jalan penyelesaiannya

Sunday, August 22, 2010

doa buat arwah...

pada hari semalam
Sabtu 21 Ogos bersamaan
11 Ramadhan...
aku,suamiku...
dan anak-anakku tertolak ke Kuala Berang
ke rumah Acik...
untuk menghadiri kenduri tahlil
buat che da (mak mertua ku)
yang kembali ke rahmatullah...
pada 15 Ogos...
bersamaan 5 Ramadhan...

Semoga roh che da dicucuri rahmatMu Ya Allah
dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh....amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...