BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Friday, January 27, 2012

Terkilan!

Semasa mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ini, aku melihat tiada pelajar yang memberikan senyuman. Apatah lagi memberikan ucapan salam. Amat berbeza dengan situasi di sekolah lamaku. Pelajarnya ramah dan sering mengucapkan salam ketika berselisih dengan guru-gurunya.

Hari ini pun, apabila sudah hampir 10 tahun mengajar di sekolah ini, terdapatlah beberapa orang pelajar yang mengucapkan salam, "Selamat pagi cikgu",kata Ah Sheng. Aku membalas,"Selamat pagi" sambil tersenyum. Itupun pelajar yang aku mengajarnya, tetapi apabila sudah menaiki ke tingkatan 4 atau 5, tiada lagi ucapan salam daripada mulut mereka apabila bertemu. 

Mereka sudah melupakan aku yang pernah mengajar mereka dulu semasa di peringkat menengah rendah. Terkilan aku dengan sikap mereka:(

         bagaikan kacang lupakan kulitnya! 

8 comments:

  1. ehem..zaman dah berubah..hu2x..dulu murid2 begitu hormatkan guru mereka !!!termasuk juga mama..he2x..dunia semakin memcabar..manusia semakin hilang perasaan !!..sikap hormat menghormati semakin terkikis..hu2x..

    ReplyDelete
  2. pernah ada sorg cikgu luahkan perasaan yang hampir sama macam ni pada belalang :)

    ReplyDelete
  3. Begitulah sikap para pelajar sekarang..klu ada yang menegur kita pun hanya segelintir shj... yg lain memandang kita pun mcm tak nampak...

    ReplyDelete
  4. kami dulu sgt menghormati guru.. setiap kali terserempak guru pasti akan 'greet'... sedih betul lah jika pelajar2 skrg sudah tdk pandai hormati guru...

    ReplyDelete
  5. mama aini ~ betul tu, perubahan zaman kadang2 menelan nilai2 yg baik!

    ReplyDelete
  6. Belalang Hijau Perisik ~ fenomena yg sudah biasa di sekolah2 hari ni...:(

    ReplyDelete
  7. Cikgu CTE ~ betul tu, kadang2 bersentuh bahu pun, tak mahu minta maaf,inikan pula beri salam!

    ReplyDelete
  8. kakyong ~ beginilah sikap pelajar sekarang!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...