BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, February 4, 2012

Kenapa kita tidak mencontohinya??

Pasti sudah ramai mengetahui kisah Nabi Muhammad s.a.w dengan si pengemis butakan? Sikap si pengemis buta berbangsa Yahudi ini yang sering mencaci, menghina dan melemparkan tomahan tentang Nabi Muhammad s.a.w. tidak sedikit pun melunturkan semangat Nabi Muhammad untuk berbuat kebaikan. Baginda meneruskan perbuatannya menyuapi makanan kepada sipengemis buta ini walaupun dihina. Malahan baginda s.a.w menyuapinya dengan penuh kasih sayang, dihancurkan terlebih dahulu makanan itu supaya mudah sipengemis buta itu menelannya. Alangkah tingginya budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w. Akhirnya sipengemis buta ini memeluk Islam! Untuk mengetahui kisah ini lebih lanjut sila klik sini

Namun pada hari ini, aku lihat lain pula jadinya. Untuk kepentingan sendiri, ada yang sanggup menghina dan mencaci orang lain walaupun seagama! Jadi bagaimana penganut agama lain boleh tertarik dengan Islam, jika akhlak mulia yang ditunjukkan Nabi Muhammad s.a.w tidak kita turuti?? Kenapa kita tidak mencontohinya, sedangkan sudah terbukti akhlak mulia seseorang boleh menarik seseorang untuk memeluk Islam dan menghormati agama ini.


6 comments:

  1. assalam teratai..tinggi budi pekerti nabi muhammad..betul, sedin mama lihat skrg ni org2 islam menghina & mencaci org lain yg sesama islam ..hu2x..

    ReplyDelete
  2. itulah yang terjadi bila diakhir zaman..pernah bertanya pada diri,bagaimanakah andainya rasulullah hidup lagi sekarang..tak terbayang kesedihan terhadap umatnya.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera pada rasulullah dan keluarga dan para sahabatnya...

    btw, teratai..camana nak email kat teratai ni... ? dok cari emel address tapi tak dak... ke saya yg tak jumpa? :)

    ReplyDelete
  4. mmg Nabi Muhammad paling penyabar..zaman skang mcm2 manusia pelik ada

    ReplyDelete
  5. manna mania ~ salam n selawat utk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,...

    harap dpt membantu apa yg patut:)

    ReplyDelete
  6. wan nurul hezrina ~ pasti baginda s.a.w. sedih melihat umat2nya yang semakin hilang pedoman ni...

    moga2 diberi hidayah kembali mengikuti sunnah & ajaran alQuran...amin

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...