BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Saturday, February 18, 2012

Kepentingan Perniagaan Pasar Malam



Kegiatan perniagaan pasar malam yang berlokasi di Indera Mahkota 1,Kuantan, Pahang pada setiap hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 10 malam telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi di sekitarnya. Antaranya ialah :

1. Menyediakan peluang pekerjaan ~ Berbagai pekerjaan disediakan di lokasi pasar malam ini. Antaranya peniaga makanan/minuman, peniaga buah-buahan/sayur-sayuran, penjual daging/ayam dan peniaga pakaian/kasut. Kebanyakan peniaga ini terdiri daripada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan kawasan pasar malam.

2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan ~ Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang diperolehi daripada perniagaan di pasar malam ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya. Dengan ini taraf hidup mereka telah berjaya ditingkatkan.

3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan ~ Lokasi pasar malam yang berdekatan dengan kawasan perumahan merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar. Penduduk boleh mendapatkan barang keperluan dapur seperti ikan, daging dan ayam dengan mudah. Kunjungan sekali seminggu pada hari Jumaat ini memang dinanti-nanti oleh penduduk di kawasan Indera Mahkota kerana berbagai juadah/makanan dijual.

4. Menyediakan barangan segar ~ Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, ulam-ulaman (pegaga, pucuk ketereh, dan daun kaduk) dan kangkung adalah hasil tanaman peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut seperti ikan, udang dan sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk di Indera Mahkota ini, saya rasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

10 comments:

  1. kat segamat skrg pun da ada bazar karat..syok juga...:)

    ReplyDelete
  2. Lia ~ betul tu, macam2 benda dijual kat pasar malam @ bazar pun kan!

    ReplyDelete
  3. Thanks! Amat membantu dalam proses saya siapkan kerja kursus Geog :)

    ReplyDelete
  4. Ya memang benar apa yang telah tuan sampaikan, banyak kepentingan pasar malam dalam menjana pendapatan ekonomi Malaysia yang kebanyakkan orang tidak sedar khususnya ekonomi bangsa Melayu....

    Syabas kepada tuan kerana telah menyediakan posting ini..

    ReplyDelete
  5. Akhirnya, dapat juga mendapatkan maklumat untuk kerja kursus Geog >_<

    ReplyDelete
  6. tenkiyu...benda ni sangat membantu saya menyiapkan kerja kursus geo saya..............:D

    ReplyDelete
  7. bukan kew kne buat dlam bntuk karangan..ini dlam dapatan kajian kan..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bentuk begini pun boleh tapi setiap poin tu kenalah dihuraikan.

      Apa2pun rujuk kpd guru geo anda btk yg bagaimana sesuai &ditulis pd bhg dapatan kajian

      Delete
  8. terima kasih kerana membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...