BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, February 23, 2012

Kesan negatif perniagaan pasar malam



Antara kesannegatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesesakan lalulintas ~Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di laluan masuk ke kawasanperumahan Indera Mahkota 1 telah menyekat laluan orang ramai. Sikappengunjung-pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telahmemburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini.Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermuladari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.

2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tongsampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-bekas makanan dan minumandibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang ataubahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan pengunjungpasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasansekitar. Oleh sebab itu, selepasberakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampahsarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungikawasan itu.

3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap dikawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus dan tempattumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan tidak sihat ini bolehmengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yangtidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dandihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakitdapat dihindar, jika kita sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripencemaran.

4. Hargatanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnyamenaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah menaikkanharga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalamplastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai,menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjungmerasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibelitidak berkualiti.

15 comments:

  1. ehem memang ada kesan negatif perniagaan pasar malam ni..he2x..

    ReplyDelete
  2. mmg betultuh.mmg setuju sangat..bila tgk ada gerai2 yang tak proper tutup makanan mmg kembang tekak.n air2 pasar malam kadang tak masak.rela minum kat umah.harga plak mmg betul sebabnya bila kuar rm50 cepatjer abess..

    kalau harga tak naik kuantiti makanan dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. Wan Nurul Hezrina ~ kalau di pasar malam sudah mahal,bayangkan di tempat lain (restoran/kedai) pasti lagi mahal! Duit dah x ada nilai sbb barang semakin mahal!

    ReplyDelete
  4. mmg best ah blog nie! senang sikit kerje nk wat folio geo..

    TY SO MUCH!

    ReplyDelete
  5. apakah nilai bagi aspek ini?

    ReplyDelete
  6. arish ~ semoga dpt membantu menyiapkan KKG thn ini:)

    anonymous ~ nilai 'cintailah' yg ditulis dengan warna hijau...itu nilainya!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ini Memang banyak membantu :)

    ReplyDelete
  8. Salam,
    great job cg, sgt membantu sy copy je nih. nnti sy edit2 skit. takpe kan? terima kasih. doakan sy spya boleh mnjwb soalan pmr nnti cg eh. doa seorg cg kan berkat hehe..

    ReplyDelete
  9. Thank you so much! Senang keje saya nak buat folio geografi. Terima kasih banyak2! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome...apa-apapun dapatkan persetujuan guru geo anda!

      Delete
  10. Pasar Malam sebenarnya adalah untuk memudahkan kita mendapat stok...pasar malam terbaik di Pulau Pinang..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...