BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label pencemaran. Show all posts
Showing posts with label pencemaran. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Kesan negatif perniagaan pasar malam



Antara kesannegatif perniagaan pasar malam ialah:

1. Kesesakan lalulintas ~Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di laluan masuk ke kawasanperumahan Indera Mahkota 1 telah menyekat laluan orang ramai. Sikappengunjung-pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telahmemburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini.Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermuladari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.

2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tongsampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekas-bekas makanan dan minumandibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang ataubahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan pengunjungpasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasansekitar. Oleh sebab itu, selepasberakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampahsarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungikawasan itu.

3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap dikawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus dan tempattumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan tidak sihat ini bolehmengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yangtidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dandihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakitdapat dihindar, jika kita sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripencemaran.

4. Hargatanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnyamenaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah menaikkanharga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalamplastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai,menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjungmerasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibelitidak berkualiti.

Tuesday, March 15, 2011

Kesan Pencemaran Air

Kegiatan manusia mengejar pembangunan telah mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air. Antara kesan-kesan pencemaran air ialah :

~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong!

~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

~ Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan akan mati.

~ Habitat Flora dan Fauna Musnah
Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan penebangan hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan faunanya. Jika keadaan ini berlarutan, hidupan akuatik seperti udang dan ikan belacak akan musnah. Kemusnahan pokok paya bakau juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan tepi pantai giat berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem hutan paya air masin!


~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir. Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut.


~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun atau kollera.

Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai, tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Sama-samalah kita menjaga sumber air bumi kita!




Sunday, March 13, 2011

Punca-punca Pencemaran air

Definisi pencemaran air

Menurut Wikipedia Ensiklopedia, pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Punca-punca pencemaran air

~pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

~sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

~sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai.

~tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.


Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

~aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Bau

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

~
Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah. Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.


Pihak sekolah juga telah menghantar surat pemberitahuan kepada Majlis perbandaran Kuantan tentang kegiatan penternakan ayam di tepi pagar sekolah. Dengan ini, diharap pihak PBT mengambil tindakan yang sewajarnya.

~ Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

~ Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.

~ Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula.




Wednesday, March 9, 2011

Kesan-Kesan Pencemaran Bau


Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

~bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

~udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk.

~pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

~penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.

~air tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.


Tuesday, March 8, 2011

Punca-punca Pencemaran Bau




Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekirannya. Bau yang busuk dan menjijikan menyukarkan pernafasan. Udara tercemar dan mengganggu aktiviti harian penduduk.

Antara punca-punca pencemaran bau ialah

~dari kawasan pelupusan sampah
Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk dan ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

~dari kawasan penternakan ayam
Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi!

~dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan
Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

~dari aliran parit yang tersumbat
Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

~dari sikap pengguna
Penggunaan tandas tanpa usaha untuk menjaga kebersihannya juga menyebabkan berlakunya pencemaran bau. Sikap pelajar yang menyerahkan tugas membersihkan tandas kepada pekerja swasta di sekolahnya menyebabkan mereka tidak menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya.


Pencemaran Alam Sekitar

Definisi~Wikipedia Ensiklopedia Bebas menakrifkan....

Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.

Bentuk pencemaran~

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:

Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.


Sumber : wikipedia ensiklopedia

Friday, March 4, 2011

Langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran udara

Alam sekitar yang masih terpelihara
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.



Anda mungkin juga ingin mengetahui tentang ini:

Punca Pencemaran Bau
Kesan Pencemaran Bau 
Langkah Mengurangkan Pencemaran Bau 

Tuesday, March 1, 2011

Kesan Pencemaran Udara

Kesan pencemaran udara termasuk :

~ pembentukan
jerebu yang mengurangkan keternampakan dan menjadikan waktu siang gelap.

~
gangguan kesihatan termasuk menghidap sakit kepala, sakit mata, sesak nafas dan selsema

~ kejadian
hujan asid yang boleh melecurkan kulit manusia dan haiwan.

~
suhu meningkat kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan perkilangan.

~
Udara tercemar kerana di dalam udara dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti karbon dioksida dan karbon monoksida.

untuk maklumat lanjut sila klik disini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...