BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, July 8, 2012

Faktor Mempengaruhi Petempatan Indera Mahkota

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi wujudnya petempatan di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Antaranya ialah :

1. Bentuk Muka Bumi

~ Indera Mahkota terletak di atas kawasan tanah pamah yang rata dan luas. Oleh itu, banyak kawasan perumahan di bina di sini, bermula dari Indera Mahkota 1 hinggalah ke Indera Mahkota 15.
Pusat pendidikan seperti sekolah rendah (SKIM), sekolah menengah (SMK Panglima Perang), institusi pengajian tinggi (Kolej Komuniti, Kolej Shah Putra dan UIAM) didirikan di atas tanah  pamah ini.

2.   Kegiatan Ekonomi

~Terdapat pelbagai peluang pekerjaan di Indera Mahkota yang boleh diceburi oleh penduduk sekitar. Wujudnya kawasan perindustrian di Indera Mahkota 3, menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Indera Mahkota. Mereka boleh bekerja di kilang-kilang ini. 

Penduduk juga boleh bekerja di sektor pendidikan kerana banyaknya institusi pendidikan di sini. Mereka boleh bekerja sebagai guru, kerani atau pekerja am di institusi pengajian ini.

3. Governan

~Satu lagi faktor kelebihan petempatan Indera Mahkota ialah wujudnya bangunan-bangunan kerajaan di kawasan ini. Di sini terdapatnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dipindahkan ke sini oleh kerajaan negeri Pahang. Ini menjadi tarikan penduduk untuk mendiami kawasan Indera Mahkota.

Saya teruja dengan perkembangan tempat kediaman saya ini. Tersemat dalam hati saya, saya bangga tinggal di Indera Mahkota yang sedang pesat membangun ini.

7 comments:

  1. Tinggal kat Indera Mahkota yek..tak lama lagi harga tanah pun menjunam naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..sekarang ni pun harga rumah area sini lebih mahal bbanding kawasan lain!

      Delete
  2. Replies
    1. Nak lihat apa keistimewaan tempat tinggal ku ini...n bantu pelajar yg buat kkg tajuk ini...

      Delete
  3. Tq💙 Sy jadikan sumber rujukan pt3 sy ye 😊

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...