BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, December 13, 2012

Ayam Masak Masam Manis Bernenas

ayam masak masam manis bernenas ~ resipi along

Sejak saya terpaksa bertugas selama 3 hari ini, anak-anakku yang masak samada untuk sarapan atau pun makan tengahari. Bila saya balik dari betugas dalam jam 1 tengahari, semua telah tersedia, hanya menunggu kami makan bersama sahaja. Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur kepada MU kerana mengurniakan anak-anak solehah ini, semoga hidup anak-anakku diberkati dunia dan akhirat...amin.

Jom kita ikuti resipi ayam masak masam manis bernenas yang sedap ini. Resipi ini dimasak oleh along.

Resipi Asal : Merah

Bahan utama : 1 ekor ayam ~ goreng hingga garing (gaulkan ayam dengan garam + kunyit)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 inci halia ~ hiris nipis
1 labu bawang besar ~ mayang
6 tangkai cili padi ~ belah sedikit

Bahan sos:
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (gaul dengan sedikit air) 

1/2 biji nenas ~ potong segitiga

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan sos + air + tepung jagung + nenas. Garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng. Sebatikan ayam dengan kuahnya kemudian matikan api.


Bahagiakan...bila balik ke rumah hidangan tengahari sudah tersedia!


8 comments:

  1. apa saja yang ada nanas confirm sedap,, hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap nyer, kene plk dengan sambal belacan, ulam2an, ikan kering..perrh..mak mertua panggil pun tak dengar dah!

    ReplyDelete
  3. kalau letak neans nie..mmg bertambah la selera makan :)

    ReplyDelete
  4. sedapnye...tiba2 pulak perut lapa

    ReplyDelete
  5. Hmm..sedap aje nampak..sama macam kangkung kat atas tu..simpe but menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. ehem sedapnya ni mesti along yg masak..wah teratai tinggal makan je kan.. he2x..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...