BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, May 28, 2013

Ikan Merah Masak Merah



 

Pada masa cuti-cuti sekolah ini, kira-kiranya dapurku berasaplah...hehe. Biasanya ikan merah ini, menunya tak lain tak bukan ialah masak sweet sour. Tapi kali ini, masak lain sikit iaitu masak merah...sedap tau. Cara memasaknya pun mudah. Jom ikuti cara-cara memasaknya...

Bahan utama : 2 keping ikan merah (lumur sedikit garam) ~ goreng hingga garing.

Bahan kuah :

3 sudu besar bawang kisar 
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Air secukupnya

Cara-cara memasak :
1. Tumis bawang + cili boh = garing.
2. Masukkan sos tomato + kicap manis + kicap masin + air  + garam/gula secukupnya.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan ikan merah. Gaul-gaulkan sebati dengan kuahnya n angkat.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...