BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, July 21, 2013

UTC ~ Pusat Transformasi Bandar

Hari ini, aku, ma dan suami pergi ke UTC untuk urusan pengeluaran dan pemindahan wang di Tabung Haji. Dalam hati, untung juga ada perkhidmatan UTC ni terutama bagi aku yang bekerja kerajaan. Jadi tak perlulah untuk memohon keluar ketika bertugas kerana perkhidmatan di UTC ini beroperasi 24 seven! Kecuali hari cuti umum, UTC ini juga akan bercuti.

UTC ini terletak di bangunan lama terminal bas Kuantan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kewangan (Tabung Haji contohnya), kesihatan (Klinik 1 Malaysia - pesakit luar) dan banyak lagi jenis perkhidmatan. Pejabat Tabung Haji terletak di paras 2, aku dan ma ke sana dengan menaiki lif.

Jika sesiapa yang tiada masa untuk berurusan pada hari biasa, bolehlah ke UTC pada hari Sabtu dan Ahad. Suasasanya pun selesa berhawa dingin.  UTC ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...