BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Kaktusku berbunga lagi!






Sinonim dengan musim bunga di hemisfera utara, kaktusku pun galak mengeluarkan bunga. Kaktus di pasu kecil berbunga sekuntum sesuai dengan pasunya yang bersaiz kecil.
Manakala kaktus di pasu yang lebih besar mengeluarkan 5 kuntum bunga. Tapi hanya 3 kuntum je yang dapat disnap...dua lagi terlindung dibawah kuntuman bunga kaktus itu.
Bunga kaktus ini kembang pada waktu tengahari. Bila menjelang petang, kuntuman kaktus akan menguncup kembali. Jadi apabila aku pulang dari sekolah tengahari tadi, ku lihat kaktusku ni sedang kembang dengan cantiknya. Jadi terusku snap gambarnya untuk kenangan. Cantikkan bunga kaktus..

Monday, April 29, 2013

Kaktusku berbunga lagi ...




Sinonim dengan musim bunga di hemisfera utara, kaktusku juga galak mengeluarkan bunga. Sekuntum bunga di pasu kecil, manakala 5 kuntum bunga kaktus di pasu yang lebih besar



Cantik sungguh ciptaan Ilahi
Bunga kaktus memikat hati
Moga kaktusku berbunga lagi
Akan ku tunggu sabar menanti!


Sunday, December 23, 2012

Sama Cantik Sama Padan = Anak Yang Menawan!

Pasangan ibu & bapa ayam serama yang sepadan!

Pasti sudah ramai mengetahui bahawa ayam serama merupakan spesies ayam yang cantik! Oleh sebab itu, spesies ayam ini menjadi pilihan untuk dipelihara sebagai hobi atau pun untuk dipertandingkan dalam pertandingan ayam serama.


Pandai bergaya apabila mengetahuai gambarnya diambil!
Sebagaimana acuannya, begitulah hasilnya...apabila menyedari kehadiran kamera, terus memberikan pose menarik untuk diabadikan! Semasa dipertandingkan dalam pertandingan ayam serama pada MAHA International 2012 pada 24/11/12 yang lepas, si comel ini telah memenangi tempat ketiga kategori anak remaja. Berita lanjut klik sini

Tuah ayam serama pada kecantikannya!



Monday, March 26, 2012

Orkid Oncidium (Onc)


Ini adalah orkid jenis oncidium. Antara jenis-jenis orkid yang diminati oleh ramai penggemar orkid kerana amat mudah untuk dijaga dan senang mengeluarkan bunga!


pertama kali berbunga.. cantik kan!



warna merah menyerlahkan
kecantikannya!

Saturday, November 6, 2010

Ayam Serama


ayam serama nama diberi
menjadi buruan peminat sejati
tak kira berapa harga diberi
sanggup bergadai demi miliki
ayam serama idaman hati
empunya pemilik Man Bangi!

nak tahu pemilik ayam serama ini ;sila klik di sini

Sunday, October 3, 2010

Dunia Orkid





Penggemar orkid pasti menyukai buku ini. Buku ini dihasilkan oleh Hamdan Osman, seorang yang berpengalaman luas dalam dunia orkid.

Penyusunan yang baik oleh pengarangnya, menyebabkan kita merasa tertarik untuk meneruskan pembacaan tentang dunia orkid ini. Buku ini amat berguna untuk dijadikan panduan terutamanya kepada penggemar orkid yang baru menjinakkan diri untuk membela orkid. Di samping maklumat tentang genera orkid yang mungkin kita tidak ketahui sebelum ini, bonusnya buku ini juga menjelaskan panduan penanaman dan cara penjagaan yang betul.

Paparan gambar-gambar orkid yang menarik juga dapat merelakkan minda dan memberikan ketenangan kepada pembaca.


"Keindahan orkid ciptaan Yang Maha Kuasa tiada tandingannya...peliharalah amanah ini sebaik-baiknya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...