BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label montel. Show all posts
Showing posts with label montel. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Tempat Persembunyian Baru!


Dulu suka duduk di celah sliding door
Kini suka duduk bawah meja
Dahlah tu warna bulunya seakan-akan sama
Dengan warna meja
Pandai sungguh si montel ini
menyamar menyembunyikan dirinya
supaya tidak digomol oleh anak-anakku!

Diam-diam aje si montel ini duduk 
di bawah meja ini ...
sehingga tertidur di situ dengan lenanya!

Sunday, April 7, 2013

Sudah sihat simontelku...

Minggu lepas montel warded dalam 4 hari. Sebelum itu perasan si montel tak mahu makan hanya minum saja. Badan montel pun agak panas beritahu wani.
Rupa-rupanya si montel demam. Semalam baru boleh bawa balik rumah. Itu pun kena bagi makan ubat demam dan antibiotik. Selepas makan ubat si montel tidur. Agaknya lali ubat supaya si montel rehat dan kembali sihat.

Doakanlah agar si montel sihat dan cergas kembali. Anak-anak pun dah tak sabar untuk bermain-main dengan montel.

Friday, January 4, 2013

Oh montel!


Montel kini berusia setahun setengah. Makin montel seperti namanya....hehehe
Montel ini dari spesies mainecoon sebab tu matanya bewarna hijau! Cantikkan.  Bulunya tebal dan ekornya panjang dan berbulu semi panjang serta kembang.

Jika tidak bermain sehari dengan montel terasa sesuatu tak lengkap! Namun jika kami balik kampung, montel akan dihantar "boarding" di klinik peliharaan kucing.

Monday, July 16, 2012

Celah tu jugak pilihannya!

Isk...isk...isk tempat tu jugak jadi pilihan simontel untuk tidur!! Tempat tu bukan saja muat-muat badannya tapi strategik jugak sebab tak boleh diganggu oleh anak-anakku ketika montel ni tidur...cerdik jugaklah kan simontel ni melindungi dirinya....dr gangguan anak-anakku....

Saturday, July 7, 2012

Gelagat anak-anak!

Tengok tu...macam-macam perangai anak-anakku bertiga ni! Ira,wani dan syu asyik mengacau si montel yang sedang nyenyak tidur tapi yang kelakarnya simontel ni tak sedar apa-apa pun! Masih tidur dengan lenanya...
Kadang-kadang tu aku marahlah juga mereka mengacau simontel yang tengah lena tidur ni...bayangkan kalau kita tengah tidur orang kacau, pasti kita mengamuk kan!!!

Thursday, May 31, 2012

Kad rawatan Montel

Inilah kad rawatan montel...setiap kali diberi rawatan akan dicatat dalam kad ini.
Tak sangka pula montel pun ada kad rawatan... Kini montel dah jadi kucing belaan kami sekeluarga. Montel pun macam tahu-tahu aje dia tu dah kami bela, keluar je sangkar terus masuk rumah! Tidur dan makan...ikut apa yang dicadangkan oleh doktor haiwan
....bulunya pun makin cantik dan sudah kurang gugur..:))

Wednesday, May 23, 2012

Kuarantin!

Kesian montel kena duduk dalam sangkar dlm tempoh 6 bln sebab diserang hawar kucing!
Kini montel dah semakin sihat. Dulu semasa kena hawar kucing,montel tak lalu makan!Kini letak saja makanan, laju je dia makan dan kini montel makin "montok".

Monday, February 20, 2012

Sebelum dan selepas....


  sebelum dimandikan ~ gebu!

V
V
V
V
V
v
v
v
v


selepas dimandikan ~ kurus kering macam kucing kurap je!


Sunday, February 12, 2012

Aksi Si Montel!



Kejadian ini berlaku suatu petang,
ketika aku baring di kerusi panjang,
melepaskan kepenatan setelah pulang,
merehatkan minda yang tension memanjang!


 Si montel mulanya mengiau-ngiau
dengan suaranya yang sengau-sengau
tapi aku malas nak mendengar
namun si montel tunggu dengan sabar!


tiba-tiba tiada lagi suara si montel,
atau mungkin aku dah tidur,
sunyi sepi nyenyaknya tidur,
aku dan montel sama-sama tidur!


sangkaanku rupanya meleset,
senyap-senyap si montel lesap,
duduk mengendap si twinnie di atas meja,
dengan khusyuk ...
sampai tak sedar diri diperhatikan!


dari tenungan yang penuh tajam,
si montel mula mengorak langkah,
mengelilingi bekas si twinnie
kura-kura peliharaan si syuhadah!


tengoklah itu aksi si montel,
dalam diam-diam rupanya
menjalankan misi menyerang si twinnie
nasiblah baik aku tercepat,
jika tidak si twinnie dah jadi arwah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...