Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, December 22, 2010

Balik Kampung ke Cuti-cuti Terengganu??

Sabtu, 19 Disember 2010
1.30 petang


Aku dan famili bertolak balik ke Kuala Berang, menuju ke rumah Atie. Tujuan melihat Ki Mat dan Atie sekeluarga terutamanya bagi Alongku yang pulang bercuti dari Australia.
Alhamdulillah di rumah Atie, kami sekeluarga dijamu nasi ayam dan puding laici masakan istimewa Atie.

Sebelum bertolak ke Kuala Terengganu, ke rumah Ma, suamiku singgah di Kedai Mee Sup Gong Kapas, untuk membeli makanan malam kami sekeluarga (memang menjadi kemestian menjamah menu mee sup ini~sedap dan kegemaran kami sekeluarga).


8.00 malam

Aku dan famili tiba di rumah Ma. Suasana sudah agak gelap....aku dan suami ke pintu utama untuk membuka pintu tetapi hampa apabila pintu tidak dapat dibuka kerana dihalang oleh kereta honda Ma. Suamiku cuba menelefon Ayah Mat(menjaga rumah Ma selama Ma & Bak berada di rumah Yat) tetapi hampa tidak berjawab. Keputusan drastik perlu diambil sebab anak-anak sudah lapar dan ada yang sudah terkucil, almaklum musim hujan..biasalah tu!

Hotel Tanjung Vista, K. T (baru 3 bulan beroperasi)

8.30 malam

Keputusannya, cari hotel aje...harap-harap adalah. Akhirnya aku dan suami ke Hotel Tanjung Vista, K. T dan bernasib baik ada lagi bilik tetapi hanya bilik single~2 katil super single!Masih dalam promosi, jadi harganya tidaklah terlalu mahal, mampulah dibayar oleh kami.

Bilik single~2 katil (RM153.00)

Anak-anakku seronok tidak terhingga, terutamanya si kecil,Syuhadah kerana doanya untuk tinggal di hotel termakbul! Sepanjang 3 hari 2 malam kami di K.T, tak terasa pula seperti balik kampung, tetapi seolah-olah pelancong yang sedang "cuti-cuti Terengganu" lah pulak!

Kolam renang tertutup~anak-anakku seronok berenang di kolam
renang ini walaupun saiznya agak kecil!


9 comments:

  1. Biasa tu kak.. kalo time kecik2.. paling suka nak stay kat hotel.. hehe..

    ReplyDelete
  2. wahh..best laa..

    kak..yang kalau nak ping..try pegi kat

    http://www.pingmyblog.com

    yang senarai tadi untuk list ke windows live writer..nanti ada masa sy buat tutorial

    ReplyDelete
  3. yang tadi tu pening sket..tnggu tutorial tau

    ReplyDelete
  4. patutlah akak menyepi je..pi bercuti rupanya..

    akak ditag

    http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/12/giveaway-gift-from-cameron.html

    Jom skodeng :Ada blog lebih dari satu?

    ReplyDelete
  5. k teratai..
    o balik kg ye..
    simple je nampak hotel tu kan.. nice..
    kak.. leh ajar ke camne nak wat dropdown untuk tajuk2 entry tu ye?

    yg GA tu dh ada .. tq kak

    ReplyDelete
  6. waaa, bestnye kolam tu, cam kat luar negara plak.

    ReplyDelete
  7. eh eh.takkan anak yang lg 4 tu tak doa nak duduk hotel jugak.hehe.
    balik tganu mmg best.makanan dy walllahhh~

    ReplyDelete
  8. ha'ah..tu blog baru saya kak..blog lama khas untuk ga..

    kalau sudi, letakla blog baru saya tu kat bloglist akak ek..thanks..

    Jom skodeng :Antara Nuffnang, Mangga, Innity & Advertlets

    ReplyDelete
  9. salam has,

    Kak dah letak url blog has tu di bloglist kak...:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)