Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!



Kempen menutup aurat ini aku tahu apabila Ferry tag aku. Kempen ini dianjurkan oleh blog 'the potpetking'.

Pada pandangan aku, memang bagus kempen ini diadakan memandangkan sekarang ramai umat Islam mungkin secara sedar atau di luar kesedaran mereka telah mendedahkan aurat mereka. Jadi kempen ini bertujuan mengingat sesama umat Islam, juga diri aku sendiri kerana kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Contohnya, walaupun bertudung, tapi trend sekarang meninggikan sanggul mereka di sebalik tudung yang dipakai! Bukankah ini menarik perhatian orang lain terhadap mereka, sedangkan kita tahu tujuan memakai tudung adalah untuk menutup rambut supaya tidak menjadi 'alat' yang boleh menimbulkan fitnah orang terhadap diri kita. Selain itu, labuh tudung juga sepatutnya melebihi paras dada. Tetapi kini, aku lihat ramai yang memakai tudung mini!

Keduanya, apabila berpakaian, memang kita nampak sopan berpakaian baju kurung. Tapi apabila kita amat-amati, pakaian yang dipakai terlalu jarang, sehingga menampakkan susuk tubuh sipemakai!

Janganlah kerana mengejar kemodenan, kita mengadaikan maruah dan agama kita. Sedarlah sebelum terlambat!

Bagi memarakkan lagi kempen ini, aku ingin tag 3 rakan blogger iaitu nur nabilah, eiyda dan sufeenan

Sesiapa nak join, sila klik gambar di atas.

6 comments:

  1. Betul tu kak..ingatan tuk kita juga..manusia..mudah lupa dan leka..

    Actually saya dh pun dah buat entry psl ni..:)tq anyway for tagging me..

    ReplyDelete
  2. panjangnya dia punya pendapat..betul kak..setuju sangat2

    ReplyDelete
  3. thanks for supporting ye semua!
    semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

    ReplyDelete
  4. sy dah join kempen nieyh....tp tak tag sbb tak reti...huhu...bley tak ajar cmne nak tag?n cmna nak tahu kalo ada org tag kte?

    yg tidak tahu...huhu:(

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)