Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, March 20, 2011

Kari Ayam

Kari ayam merupakan masakan yang biasa aku buat dan biasanya mesti dimakan bersama-sama ikan kering dan nasi putih.


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam (7 orang makan)
2 biji ubi kentang (potong 4)
santan (RM2)

Bahan-bahan Menumis :

2 sudu besar bawang kisar
2 - 3 sudu besar cili boh
2 - 3 sudu besar rempah kari
1/4 keping gula melaka/nesan
5 sudu besar minyak
1 cawan air

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang kisar dan cili boh. Juga nesan/gula melaka. Tumis sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sehingga rempah kari garing dan naik bau.

3. Masukkan ayam, ubi kentang dan santan. Tambah air untuk banyakkan kuahnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga agak pekat, kemudian angkat. Siap untuk dihidangkan dengan ikan kering dan nasi putih.


4 comments:

  1. makan kari ngan ikan masin?sedap e??hehe
    tak penah try lak...anyway thanx 4 da recipe k...yum3
    lapar lak...=)

    ReplyDelete
  2. fasha~cubalah makan dgn ikan kering, best:)

    ReplyDelete
  3. sedap ye kari dia. nak tya mcm mana nak bagi kari tu nampak merah ? selalu yew sy buat nmpk mcm ayam kurma daa. hehe

    ReplyDelete
  4. cikcahya~masakan kurma, kita x letak cili boh tp letak cili padi yg ditumbuk (tu yg x merah) tapi kari ni letak cili boh atau serbuk cili pun boleh!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)