Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, January 16, 2012

Jangan jadi seperti ini!



Situasi 1 : Cinta nafsu!


Si jejaka membuntingkan si dara sebelum nikah. Demi menutup malu, bernikah selepas itu! Nikah cowboy di pejabat kadi. Akibatnya makin bertambahlah anak tidak sah taraf. Kesian si anak, bila besar akan bertanya kepada ibu bapanya, kenapa sijil lahirnya tiada 'bin' atau 'binti' seperti kawan-kawannya yang lain! Bagaimana nak jawab? Fikir-fikirkanlah....jadikan ini pengajaran!

Situasi 2 : Cinta buta!

Pilihan si dara tidak disetujui oleh keluarga kerana si teruna tiada pekerjaan malah penagih dadah! Demi cinta kononnya, sanggup tinggalkan keluarga untuk sehidup semati dengan kekasih hati....kahwin lari! Bila dah kahwin, baru sedar si suami menjadi 'biawak hidup' yang terpaksa dipikul! Hendak mengadu pada keluarga, sudah malu ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri! Jadi fikir-fikirkanlah betulkah tindakan yang dibuat, supaya tidak menyesal di kemudian hari...

16 comments:

  1. dua-dua situasi patut dielakkan...minta dijauhkan jd macam tu.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, situasi yg x sepatutnya ada dlm kamus hidup kita....minta dijauhkan sama2 kita mohon kepadaNYA,amin

      Delete
  2. assalam teratai.. betul skrg ni ramai remaja yg mengikut kata hati tanpa memikirkan risikonya !!..hu2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama aini,

      itulah kerana nafsu, badan merana & menanggung akibatnya!

      Delete
  3. bila dh berkahwin...
    selalu ingatkan adik2 dan saudara mara y belum berumahtangga..

    moga kebahagian milik mereka.
    lagi 1 kalau bela biawak, baik bela kucing parsi.. hehehhehe.. comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu juga ingatkan anak2, risau melihat pergaulan remaja sekarang!

      betul tu, bela kucing parsi lagi lah best,comel n manja gitu:)

      Delete
  4. Replies
    1. cinta sejati yg tiada tandingnya, kekal abadi selama-lamanya:)

      Delete
  5. Replies
    1. insyaAllah jika iman penuh di dada...amin

      Delete
  6. kalo xjmpe yg sesui...sruh je mk ayh crikan...mesti yg trbaik...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu,serah je pd ibubapa senang kan,he,he...:)

      Delete
  7. betul.. cinta itu suci, yang mengotorkannya adalah manusia yang bercinta secara membuta..patutnya teraskan cinta itu kerana Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berteraskan Allah, pasti tak berlaku perkara2 yg tak diingini ini....

      Delete
  8. salam...mcm2 sekarang kan..hanya kerana cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      itulah ikut hati mati!tak berfikir panjang hanya ikutkan kata hati je!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)