Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, May 9, 2011

Mee Hoon Goreng Ala Cina


Masakan ringkas untuk dimakan cepat apabila anak-anak dah lapar! Atau jika ada tetamu yang hadir secara tiba-tiba. Jadi ambil jalan mudah, buat je mee hoon goreng ini yang boleh siap dalam tempoh kurang 30 minit. Ikuti resipinya:


Bahan-bahan :

5 keping mee hoon (rendam dulu supaya lembut) ~ 6 orang makan
isi ayam/udang/bebola ikan
2 biji telur ayam (goreng hancur)
2 biji tomato (belah 4)

Bahan tumis :

5 ulas bawang putih (tumbuk sikit/hiris halus)
1 labu kecil bawang besar (mayang halus)
5 tangkai cili padi ( hiris halus)
minyak untuk menumis
1 gelas air

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan tumis sehingga garing. Masukkan isi ayam/udang/bebola ikan dan telur hancur.

2. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan mendidih sekejap dan kemudian masukkan mee hoon dan tomato.

3. Tutupkan kuali selama 5 - 7 minit. Kecilkan api (tujuan untuk melembutkan mee hoon). Kemudian gaulkan mee hoon sehingga sebati. Ok dah siap untuk dimakan.


7 comments:

  1. salam...selamat hari ibu....sibuk macam mana sekalipun...ibu tetap masak kan untuk anak2...inilah ibu yang tidak kenal erti penat....sekali lagi happay mother's day...you're great!

    ReplyDelete
  2. alamak sdapnye tgk gmba.. org da r tgh lapo ni~

    ReplyDelete
  3. alamak sdapnye tgk gmba.. org da r tgh lapo ni~

    ReplyDelete
  4. menarik nih..boleh gak buat time2 kurang rajin ni..ekekek..

    akak, jom join ga saya..akak ada kelebihan tau..heheh

    Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway

    Belog kami :Notre Belle Histoire

    ReplyDelete
  5. Selepas asam pedas, kini mee hoon menjelma.. nyummy.. hehe..

    ReplyDelete
  6. sedap ni..i pun selalu gak buat style camni

    ReplyDelete
  7. sonata~masak yg simple2 je,tqvm:)

    G3-lina~he,he...jemputlah!

    Has~ ok ada niatu gok nok join..esp. dpt hadiah dr swiss! teruja... nih!

    Aretikz~masakan mudah je,boleh buat tu..!

    gee ryder~yes sedap n mudah kan...

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)