Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, September 5, 2011

Kajian Kes : Pantai Teluk Cempedak,Kuantan, Pahang

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak. TC merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkan.

Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian,taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle tracking.

Dengan adanya kemudahan rumah rehat/hotel disini, memudahkan bagi mereka yang ingin bermalam disini. Antaranya Hotel Hyatt Regency. Pada musim monsun timur laut bertiup iaitu antara bulan November hingga Mac,aktiviti seperti berkelah dan mandi-manda di laut dilarang sama sekali kerana keadaan lautnya yang bergelora dan berombak besar serta ganas amat berbahaya kepada pengunjung di pantai ini.

Untuk kesini,pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pengunjung juga boleh menaiki pengangkutan awan seperti bas dan teksi dari bandar Kuantan.


sumber ~ Berita Harian Online, Februari 26,2011:Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

6 comments:

  1. dah lama akak x mai TC nie tau :)

    ReplyDelete
  2. ieda~ biasa pergi time pagi utk breakfast di KFC, TC,ikut kerenah anak-anak :)

    ReplyDelete
  3. daa lama tak menjenguk TC..
    last tao pasal TC pasal buaya.. eh?hehe

    ReplyDelete
  4. reenapple~he,he betul tu, siapa sangka ada buaya kat TC,tkejut gok !

    ReplyDelete
  5. Dekat dgn skola saya dolu2, Sek men teknik 1 Kuantan!!! Rindunye!!!!

    ReplyDelete
  6. ajumohit~oh pastinya rindu tempat menimba ilmu,byk bjasa tu...:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)