Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, October 16, 2011

Latihan : Penduduk

Berdasarkan peta Semenanjung Malaysia di atas, namakan :

1. A ~ Dataran Kedah
2. B ~ Dataran Kelantan

3. Kenapakan kawasan A dan B berpenduduk padat?

~ kawasan pertanian padi sawah
~ kawasan tanah pamah/rata
~ banyak peluang pekerjaan
~ banyak peluang perniagaan/perdagangan
~ kemudahan intrastruktur yang baik
~ kemudahan pengangkutan yang baik
~ kemudahan kesihatan/perubatan
~ pusat pentadbiran
~ pusat pelancongan
~ pusat pendidikan (melanjutkan pelajaran)

4. Apakah masalah-masalah kepadatan penduduk yang mungkin dihadapi di kawasan A dan B?

~ bilangan penduduk bertambah
~ kepadatan penduduk bertambah
~ kawasan setinggan bertambah
~ jenayah meningkat
~ kos sara hidup meningkat
~ harga tanah meningkat
~ kesesakan lalu lintas
~ kekurangan pokok/kawasan hijau
~ pencemaran air
~ pencemaran udara
~ banjir kilat

5. Nyatakan langkah-langkah mengurangkan penghijrahan penduduk ke bandar-bandar besar di Malaysia

~ wujud peluang pekerjaan di desa
~ bina kilang di luar bandar
~ wujud IPTA/IPTS di luar bandar
~ majukan kawasan pertanian (FELDA) di luar bandar
~ majukan industri desa
~ majukan kemudahan awam
~ majukan sektor pelancongan di luar bandar
~ buka bandar baru di luar bandar
~ tingkatkan sistem pengangkutan dan telekomunikasi di luar bandar

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)