Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, October 16, 2011

Mee hoon goreng ala cina TM






Ini merupakan menu sarapan pagi minggu ini. Kali ini goreng bihun ala tok ma (TM). Sedap juga, cubalah buat....

Bahan utama :

5 keping bihun (rendam sehingga lembut)~toskan

10 ekor udang (buang kulit)

3 ekor sotong (potong bulat)

Bahan tumis :

4 ulas bawang putih ~ tumbuk hancur

4 tangkai cili padi ~ tumbuk hancur

1 sudu besar bawang kisar

2 sudu besar sos tiram

1 gelas air

Garam + gula

Cara memasak :

1. Tumiskan bahan tumis (kecuali sos tiram) sehingga garing (naik bau).

2. Masukkan udang + sotong + sos tiram + sedikit air. Garam + gula secukup rasa. Kacau rata.

3. Masukkan bihun + air. Kemudian tutup dengan tudung kuali. Biarkan selama 5 hingga 10 minit hingga bihun lembut. Kacau rata,siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)