Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 17, 2011

Pening-pening~mencari jawapan!

Rajin sungguh Syu buat ulangkaji tata bahasa B.M. Tapi yang jadi masalahnya bila Syu tanya aku mana jawapan yang betul, aku sendiri tak tahu! Payah betul aku tengok pilihan jawapannya, hampir betul je semua. Ada juga perkataan yang aku tak tahu maknanya, seperti "tepok". Akhirnya aku suruh je tengok kamus Dewan. Rupa-rupanya "tepok" bermaksud lumpuh! Itu baru satu contoh, banyak lagi yang pelik-pelik!

Bayangkanlah kita ni, yang dah banyak pengalaman (angkat bakul tu...he,he..) tak tahu jawapannya, apatah lagi sibudak kecil yang cetek pengalaman (usia muda,baru 10 tahun!) seperti Syu nak kena fikir....mana jawapan yang betul! Tak ke pening tu....!

4 comments:

  1. kesimpulan yg baik.. kamus dewan.. hehe.. tepuk tangan sampai tepok tangan.. ahakz..

    ReplyDelete
  2. soly ~ samalah kita, he,he...nasib baik syu tanya, kalu x, sampai bila-bila pun x tahu makannya!

    ReplyDelete
  3. Aretikz ~wah, pandai buat ayat...betul tu!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)