BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, October 18, 2011

TLC Campaign-Earnings Debit


Tertarik dengan tajuk di atas? Nak tahu lebih lanjut dengan kempen ini? Sebenarnya entri kali ini berkaitan dengan kemurahan hati kita untuk membantu mereka yang memerlukan. Jika anda semua peka, terutamanya nuffnangers, pasti tahu kempen terbaru TLC dalam usaha mengumpul dana bagi Institusi Rumah Anak-Anak Yatim (Rumah Aman) yang terletak di Shah Alam.

Apa? Ada yang tak tahu apa itu TLC? Oh, TLC sebenarnya kependekan dari Truly Loving Company yang mengeluarkan produk-produk rumah tangga seperti pencuci lantai,pencuci dapur, pembersih bilik air dan termasuk juga produk mandian yang banyak di jual di pasar raya atau pun di kedai-kedai runcit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TLC ini, anda boleh klik sini . Hasil daripada keuntungan TLC akan di agih-agihkan kepada 5 badan amal dan satu daripadanya ialah Rumah Aman yang menempatkan 30 orang kanak-kanak lelaki.

Jadi apa kempen terbarunya? Kempen terbaru (Season 2), TLC berhasrat mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi membaikpulih sistem pendawaian elektrik Rumah Aman yang sudah uzur. Untuk keterangan lanjut sila klik sini. Jadi apa tunggu lagi, marilah menderma sebahagian duit yang kita perolehi melalui iklan nuffnang yang dipaparkan di blog kita untuk kesejahteraan penghuni Rumah Aman. Ingatlah "tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang meminta".

4 comments:

  1. done!
    tp tak fhm sgt pe yg dia suruh buat..hehe juz klik dah debitkan earnings je

    ReplyDelete
  2. KH ~ udah menderma, maknanya dah laksanakan apa yg dikempenkan....:)

    ReplyDelete
  3. sedekah itu satu amalan yang mana tak semua kita boleh buat

    ReplyDelete
  4. Bean Moreno ~ betul tu, terpulang pada individu...mesti ada kerelaan hati utk melakukannya,bukan satu paksaan!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...