BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, December 4, 2011

Betul-betul aku bengang!



Rosak mood aku bila dapat call dari tok ma malam semalam beritahu tentang perihal si penyewa rumah aku. Aku tak kisah sangat si penyewa tu nak keluar awal tapi yang aku tak sangkanya sikap si penyewa ini yang bertindak sebagai 'tuan rumah' seolah-olah itu rumahnya...buat keputusan untuk penyewa seterusnya, kononnya kawannya.

Jadi aku pun telefonlah si bekas penyewa ini, memberitahu supaya dia batalkan perjanjian yang dibuat dengan kawannya sebab tanpa pengetahuan aku dan keluarkan semua barang kawannya yang ada dalam rumah tu.

Aku ingat semalam dah settle lah, tapi pagi-pagi tadi tok ma telefon lagi...beritahu si bekas penyewa tu datang nangis-nangis sebab kena 'marah' dengan aku suruh batalkan perjanjian itu... Tok ma kata kena turutlah keputusan aku, sebab itu rumah aku! Dahlah gitu, dia ni belah gitu je tanpa tinggalkan kunci rumah sewa tu ke tok ma! Tak ke hot aku bila mengetahuinya...apa kena dia ni, dia ingat tu rumah dia ke??

So terpaksalah aku telefon lagi sekali kepada si bekas penyewa ini, beritahu minta serahkan kunci rumah dan keluarkan semua barang kawannya, jika tidak aku akan buat report polis dan angkut keluar barang-barang tu menjelaang minggu depan! Alhamdulillah dia serahkan kunci ke tok ma lepas tu. Petang tadi, tok ma telefon, rumah aku tu jadi macam stor penuh kotak barang-barang kawannya dan katil! No wonder lah dia tak mahu serahkan kunci, takut rahsianya selama ini terbongkar...

9 comments:

  1. sewa rumah in inasib-nasib lerrr..
    kalau dapat yang OK ...senag hati...
    Setakat ni ada juga sewakan rumah kat budak Indo...nasib baik dapat yag baik..
    Siap cat rumah lagi...heheheheh.
    Yalah!! kerja kontrak perumahan...

    ReplyDelete
  2. mama pernah alami..tapi lain kisahnya..mama mcm minta sedekah setiap bulan..bayar lewat & tak keluar bila mama panggil waktu nak ambil duit sewa..akhirnya mama notis suruh dia keluar..hu2x..mcm2 perangai penyewa yg buat kita meroyan..he2x..

    ReplyDelete
  3. Hanif ~ beruntunglah dpt yg baik, tambah2 yg pandai jaga rumah!

    ReplyDelete
  4. mama aini ~ yang gitu lagi haru...memang menyakitkan hati, sebab buat x tahu je time bayar sewa! Nasib baik penyewa rumah kak ini senang bayar,tp x berkenan tu bila rumah kita dibuat spt 'haknya' ,nak konker w/p dah pindah rumah!

    ReplyDelete
  5. jd tuan rumah ni kena bertegas kan.. kalo tak suak2 jer penyewa buat eprnagai..

    ReplyDelete
  6. kak yong ~ betul tu, memang kena 'tegas' kalau tidak depa pulak 'pijak' kepala kita!

    ReplyDelete
  7. ade jugak orang cmtu yer .. seram jugak nak men sewa2 kan umah kat orang . sabar jer la

    ReplyDelete
  8. deeya ~ macam2 perangai orang ni. Ada tu nak duduk tak mahu bayar sewa, yg ini pulak, bayarnya amat mudah tapi nak buat rumah tu spt 'hak'nya...dah pindah pun masih nak kuasainya!Itulah ragam manusia!!

    ReplyDelete
  9. ala ni yang takut ni nak bagi sewa rumah kat orang nih..mintak2 le penyewa rumah saya tu ok..dah le rumah tu cantik(bagi saya le)..saya dah completekan suma dah..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...