Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, December 9, 2011

Cuti-cuti Malaysia ~ Dua konsep berbeza (Part 1)

Cuti persekolahan akhir tahun kali ini diambil peluang untuk berjalan-jalan, tambahan pula along pun ada sekali. Jadi apabila ada peluang untuk ke Puchong (untuk majlis pertunangan anak saudara suamiku), aku sekeluarga merancang untuk menginap di hotel (biasanya tinggal di rumah ti di BBB) bagi memenuhi keinginan anak-anak untuk mandi kolam. Pilihan pertama nak menginap di Sunmit Hotel USJ sebagaimana yang dicadangkan ti tapi tiada bilik yang kosong.


Pancuran air menjadi tarikan hiasan dalaman
di Hotel Marriot, Putrajaya


Jadi akhirnya menginap di Hotel Marriot ,
Putrajaya selama 3 hari 2 malam (2/12 hingga 4/12).
Memasuki saja perkarangan hotel, kami terpegun dengan pemandangan yang cantik, ibarat 'rusa masuk kampung'! Suasananya dan pembinaan bangunan hotelnya seperti penginapan orang-orang bangsawan di zaman dulu~ klasik namun anggun! Juga suasana kedesaan dengan pemandangan alam yang indah!

Memandangkan suami aku terpaksa bertugas (out
station) di Kuala Lumpur, jadi aku sekeluarga terpaksa bertukar hotel ke Doubletree Hotel by Hilton di Kuala Lumpur (4/12 hingga 6/12) bagi memudahkan suamiku ke tempat kerjanya. Sekali lagi aku dan anak-anak seperti 'orang utan masuk bandar' bila melangkah kaki ke hotel ini~terpegun dengan hiasan dalaman hotel yang lebih moderen dan urban!

Ukiran arca tarikan unik di Doubletree, by Hilton,
Kuala Lumpur


Kesimpulannya ~ Dua tempat penginapan itu
mempunyai konsep yang berbeza dan
keistimewaan tersendiri...


3 comments:

  1. Tapi satu tu tak leh nak swim T.T

    ReplyDelete
  2. ..menginap di Dynasty sbb ada kursus 3 minggu...hem..x best langsung sbb family x dapat ikut.

    ReplyDelete
  3. Laylihamid~ bestkan kalu dpt bawa famili sekali!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)