Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, January 15, 2012

Jangan lupa diri!



Pernah tak orang puji kita cantik dan kelihatan awet muda? Mesti bangga kan! Tapi harus ingat, ini semua anugerah dari Allah. Kita sepatutnya bersyukur, bukan makin meninggi hidung pula! Dalam sekelip mata saja, semua anugerah ini boleh diambil Allah!

Jadi jangan lupa diri bila dipuji, sebab puji-pujian itu hanya untuk Allah, kita ini makhluk ciptaanNYA yang hanya dipinjamkan anugerah itu. Ucaplah alhamdulillah kerana dikurniakan paras rupa yang cantik, itukan lebih baik daripada mendabik dada mengaku "Memang aku cantik, engkau jangan jeles!"

16 comments:

  1. kakyong selalunya MALU bila dipuji.. sebab takut yg dipuji tu terlalu lebih2, walhal yg sebenar kita tiada apa pun.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah,lebih baik jangan puji itukan lebih baik!

      Delete
  2. pepatah arab ada kata..permulaan pada kejian itu ialah pujian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu amat takut bila dipuji, bimbang ada niat lain disebaliknya!

      Delete
  3. saya suka puji orang tapi x gemar dipuji...rasa segan bila orang puji kita *____*

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dalam hati tertanya2 kenapa dia puji yea ?? Selalu anak murid bila jawab betul...:)

      Delete
  4. Replies
    1. bukan hanya menakutkan malah meresahkan takut puji tak ikhlas!

      Delete
  5. assalam..ehem betul !!..semua itu anugerah dr allah, kita patut bersyukur dikurniakan wajah yg cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam...

      bersyukur di atas segala kurniaan NYA

      Delete
  6. tapi kita sebagai manusia kan suka dipuji!!!!!!!!!!heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sudah semestinya, sifat manusia yg semulajadi, pasti suka mendengar sesuatu yg baik/pujian ttg dirinya!

      Delete
  7. manusia selalu lupa tentang kelemahan diri...dan selalu mengagungkan kelebihan yang ada......

    *pujian jg bleh jd pujukan yg hebat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu,lupa diri adalah insanlah lemah sbb tu pujian tu boleh melemahkan lagi kalau x pandai menangangi pujian itu!

      betul apa yg dikatakan, pujian boleh memujuk mereka yg sedang merajuk!dan pujian itupun harus kena pada tempatnya!

      Delete
  8. kena sentiasa muhasabah diri..setiap kelebihan diri, ada kekurangannya..

    akak dah tak join ga ek, saya ada tag akak

    http://myapeapeaje.blogspot.com/2012/01/first-giveaway-by-butik-fiqra.html

    ReplyDelete
  9. betul Has, muhasabah diri boleh membetulkan kesilapan kita yg mungkin berlaku tanpa kita sedari!

    join juga tapi tengok keadaan, ada masa join je...thanks tag kak:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)