Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, January 5, 2012

Kena Serbu!



Sepanjang aku mengajar di SMK Tanah Putih, tak pernah lagi nazir sekolah datang melawat. Tapi tahun 2012 ini memang menempa sejarahlah...awal-awal lagi sudah diserbu oleh nazir persekutuan iaitu pada hari pertama (4/1/2012) sekolah dibuka.

Banyaklah juga yang dikomen oleh encik nazir ini....dari sudut kekuatan sekolah hinggalah ke bahagian kelemahan sekolah. Biasalah tu kan, dah tugasnya. Teguran itu diterima dengan hati terbuka, cuba perbaiki mana yang patut!

Namun satu komen yang terkesan di hati aku, iaitu kesediaan guru-guru untuk melaksanakan pengajaran & pembelajaran (p n p) ialah 100% walaupun baru dapat BRM pagi itu....p n p di kelas tetap diteruskan walaupun BRM masih belum bertulis!!! Inilah semangat guru-guru di sekolahku, tak sabar untuk mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak didiknya!

12 comments:

  1. assalam teratai besar pengorbanan seorg guru itu, demi masa depan ank bangsanya..Tahniah !!!..

    ReplyDelete
  2. Inilah semangat cikgu yang terpuji..
    Tapi bab kena serbu ni yang lemah....macam-macam kena soal...huhuhu.
    Macam audit gak...
    memang sekolah selalu kena serbu tanpa inform awal-awal ker...?

    ReplyDelete
  3. mama aini ~ terima kasih...guru kan ibarat lilin,membakar diri demi anak bangsa!

    ReplyDelete
  4. Hanif ~ itulah tak disangka2 hari pertama buka sekolah dah terpacak di tapak perhimpunan! memang tak diberitahu tarikhnya yg tepat...kena bersedia sentiasa!

    ReplyDelete
  5. selamat kembali mengajar untuk semua cikgu2 sekolah...
    jadi guru yang cemerlang>>:)

    ReplyDelete
  6. cikgu adalah pejuang ilmu, mmg respek giler, sbb kesabaran tu kena tinggi ye tak, dan ianya satu profesion yg mulia, btw selamat pagi cikgu teratai =)

    ReplyDelete
  7. kak teratai, guru kan umpama lilin.. saya sampai sekarang masih ingat jasa2 guru saya.. kalau bukan kerana guru2 ni, saya tak jadi diri saya sekarang..

    ReplyDelete
  8. Diana ~ harapan pun begitulah, moga dpt menyumbangkan kecemerlangan kpd anak didik n sekolah!

    ReplyDelete
  9. Titi ~ betul tu, memang kena ada tahap kesabaran yg tinggi, terutama sekarang ini...anak2 murid lebih berani n suka mengadu kat pihak media! silap sikit je pasti ada berita disampaikan kpd pihak media,betul atau salah tu kemudian kira!

    ReplyDelete
  10. Farah ~ terima kasih kerana masih mengenang jasa kami:)

    ReplyDelete
  11. selalunya hari pertama mesti nazir merajinkan diri mereka kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, nak pastikan semua berjalan lancar!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)