Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, February 6, 2012

Ketam masak lemak cili padi


Hari ini masak ketam. Atas permintaan anak-anak, ketam tu dimasak lemak cili api. Ikuti resipinya:

Bahan utama ~ 6 ekor ketam (saiz sederhana),potong 2

Bahan kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
10 -15 biji cili padi

Bahan pelengkap:
2 batang serai ~ diketuk sedikit
2 keping asam gelugur
RM4.00 santan

Cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar + RM2.00 santan. 
2. Bila mendidih masukkan serai + asam gelugur + ketam. Perasakan garam + gula secukupnya. Akhir sekali masukkan RM2.00 santan. Masak sekejap ,kemudian angkat.

12 comments:

  1. hahah, kebetulan..
    ptg semalam baru masak..
    licinnnn, 2 ekor aje masak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. assalam teratai..acik suka betul makan ketam masak lomak cili api ni.
    tapi acik masak simple je..cili api .kunyit hidup santan dan serai..bawang2 tak de..

    ReplyDelete
  3. tak suka makan ketam..leceh nak kopek kecuali ada orang kopekkan...ehhehe

    ReplyDelete
  4. Leily ~ pasti sedap sbb tu licin!

    KH ~ lagi besar lagi sedap,he,he...:)

    Acik Erna ~ boleh cuba cara acik pula lain kali!

    ReplyDelete
  5. Hanif ~ betul tu! teringat masa duduk kat wad sbb kena demam denggi,makan ketam yg telah dikopek oleh si suami...termanja sekejap...he,he:)

    ReplyDelete
  6. yum3x! delicious...hehe!

    mahal tak sekarang harga ketam nie?

    ReplyDelete
  7. Sodapnya...blog ni semua masakan2 yang buat perut aku lapau petang 2 macam ni...huhu

    ReplyDelete
  8. suka sangat ketam tapi mkn kt umah leh ngadap.klu g mkn kt kedai jenuh nk kupas

    ReplyDelete
  9. assalam teratai..baru arini mama dpt jenguk teratai..hu2x..terliur dgn ketam msk lemak tu..

    ReplyDelete
  10. miss inna ~ tak tahu pulak harganya sbb en. suami yg belikan!

    cik wahidaidris ~ yum2...sedaplah kot sbb habis dimakan oleh anak2:)

    Hanif ~ sabaulah ya,he,he...

    wan nurul hezrina ~ kena makan sopan santun lah kat kedai,sbb tu kalu makan kat rumah bantai habis..hingga kaki2 n sepit ketam tu!

    mama aini ~ semoga mama sihat sejahtera hendaknya:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)