Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, August 1, 2012

Kerutuk ayam dan telur




Selain masak kari, ayam sedap juga dimasak kerutuk. Bagi mempelbagaikan hidangan, bolehlah juga dimasukkan telur dalam hidangan ini. Mari ikuti bahan-bahannya...

Bahan utama :

1/2 ekor ayam
4 biji telur ~rebus sehingga masak

Bahan tumbuk :

3 - 5 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci halia muda
3 sudu besar cili boh

1 batang serai [dititik]

Bahan pelengkap :

1 paket kecil rempah kerutuk
Rempah campak 3 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
1 kotak kecil santan/ RM6 santan segar
1 gelas kecil air
1 biji ubi kentang ~belah 4 atau 6

Cara memasak:

1. Tumis rempah campak 3 sekawan dan bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan rempah kerutuk dan sedikit air. Masak sehingga rempah garing.

2.Kemudian masukkan ubi kentang dan ayam. Gaul sebatikan dengan rempah. Masukkan sedikit air dan santan.

3. Sehingga kuah agak pekat, masukkan telur. Tunggu sehingga kuah sudah pekat,matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba...semoga menambah selera untuk hidangan berbuka puasa!

9 comments:

  1. Tak penah lagi makan... nampak macam best jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cubalah tu...rasanya agak berempah!

      Delete
  2. Apasal ler ..sejak ramadhanaku melihat makanan ajer..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu...time ramadhan je masak!He,hehe...biasanya lauk tunjuk je..

      Delete
  3. assalam teratai..thanks share resepi ni..terliur mama tgk kerutb tu...hu2x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...mama aini!

      jarang-jarang juga masak resepi ini,tapi bulan puasa ni...terasalah pulak nak makan kerutuk!

      Delete
  4. waahh.. sedapnya kerutuk. boleee amikla resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik je farah..memang untuk dikongsi pun...

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)