Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, September 9, 2012

Kari Ikan Tenggiri & Telur


Jika bahan utamanya ikan, saya biasa masak ikan masak merah atau ikan masak kicap. Tapi kali ini, ubah sikit menu, masak kari ikan dan  tambah telur sebab ada telur rebus yang dapat ketika pergi jamuan kahwin tempoh hari. Jom tengok cara memasaknya..

1. Tumis bawang putih (mayang) + bawang besar (kisar - 2 sudu besar) + cili boh (2 sudu besar) sehingga garing. Kemudian masukkan rempah kari (1 paket kecil) + sedikit santan =masak sehingga rempah garing.

2. Masukkan ubi kentang (1 biji - belah 4) dan lebihan santan + sedikit air. Masak sehingga kentang empuk.

3. Masukkan ikan tenggiri (2 keping saiz besar) dan telur rebus (3 biji). Gula + garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak. Kemudian matikan api. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas dan ikan bilis goreng atau keropok keping. 

10 comments:

  1. Replies
    1. Hemmm best lah sbb ikan tenggiri memang sedap:)

      Delete
  2. tak pernah lagi campur camni... boleh try annti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga cuba dalam resipi lain seperti kerutuk ayam n telur. Menu seperti ini biasa juga dilihat dalam lauk nasi dagang..

      Delete
  3. tgok pun sedap! tak makan lagi tuh huhuhu

    ReplyDelete
  4. assalam teratai..acik pun jaraaang sangat masak kari ikan..sampai anak2 pun jadi tak berap pandai nak makan kari ikan....kari telur biasa buat tapi tak pernah campurkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam acik,

      biasanya kak masak ikan tenggiri sebab tak ada tulang! Jika ikan lain, buat goreng je....Cubalah campur..sedap gok!

      Delete
  5. napalah jumpa post tengah2 mlm gini, lapar pula tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah malam tu, makan biskut n air kopi je...jgn makan nasi tak elok!He,he..

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)