Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 29, 2012

Daging masak merah






Ini merupakan menu kegemaran keluargaku. Daging ini aku masak agak lama dengan menggunakan api sederhana untuk melembutkan daging tersebut. Jom ikuti resipinya...

Bahan utama ~ 1/2 kilo daging (hiris nipis) 

Bahan rempah/kuah :

4 - 6 sudu besar cili boh
4 - 6  sudu besar bawang kisar
1 mangkuk air asam jawa
garam + gula/gula melaka

Bahan Pelengkap :

1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
minyak

Cara memasak :

1. Basuh daging dan toskan. Masukkan dalam kuali + bahan rempah/kuah.

2. Masak dengan api sederhana selama 1 jam atau kuah menjadi pekat. Gaul-gaulkan supaya sebati.

3. Masukkan bahan pelengkap + kacau sebati. Biarkan 2 -3 minit dan matikan api.
 

16 comments:

  1. assalam teratai..acik kalau masak daging goreng pun letak kicap jugak sikit

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Teratai...ada tu daging korban.... ingat nak masak kicap....sbb budak kecik tu nak makan...he..he.. dah dilema pulak ni...he..he..

    ReplyDelete
  3. sedapnye...leh masak skrg daging korban ade lg...hihi:)

    ReplyDelete
  4. klu dlm oven boleh tak?!sbb rasa mcm membazir guna tong gas.ahahah
    dulu pernh msk Morocco stew guna oven.
    sbb ank jimat gas jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh kot,tapi rasanya tak tahulah macam mana pulak!Belum cuba belum tahu...kan!

      Delete
  5. asal je daging..jue suka sangat2.. yg ni xpernah try. selalu kari daging ja..

    mesti best ni

    ReplyDelete
  6. best2...tp saya x pandai masak huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. hmmm, elok la tuh, skrg stok daging kornban kan banyak.. hehehe

    ReplyDelete
  8. tetiba rasa lapar, lauk kegemaran juga ni..hehe

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)