Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, December 10, 2012

Jom Makan-Makan : Day 3 Balik Kampung

Day 3 ~ 5 Disember 2012

Setelah berada 2 hari di kampung halaman, pada hari ketiga barulah kami sempat ke Pasar Besar Kedai Payang. Tujuan utama kami ialah untuk menikmati sarapan pagi di Warong Hashim Nasi Minyak. Warong Hashim ini terletak di tingkat 1 iaitu di Food Court Pasar Besar Kedai Payang ini.

Warong Nasi Minyak Ala Terengganu

Nasi minyak dihidangkan dengan sambal


Lauk gulai daging tradisional ala terengganu
Selain gulai daging, nasi minyak ini juga sedap dimakan dengan gulai ayam dan gulai telur. Tapi sayangnya, kedua-dua lauk itu telah habis ketika kami mengunjungi warong ini.

Jika ke Kuala Terengganu, jangan lupa ke Warong Hashim ini untuk menikmati nasi minyak gulai terengganu. Walaupun gulainya cair tapi kesedapannnya tiada tolok bandingnya. Setiap kali kami balik ke kampung, pastinya hidangan nasi minyak ini tidak dilupakan.

3 comments:

  1. adoiii dan2 lapaqq ni...dkt jam 1 dh..mau makannnnn...:)

    ReplyDelete
  2. assalam..thanks atas info ni..kalau mama singgah KT..insyaallah mama terjah kesitu.. ;)

    ReplyDelete
  3. ok2...sampai sana nanti belalang cari gerai ni :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)