Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Wednesday, December 12, 2012

Masakan si suami...

Sabtu, 8 Disember, 2012

3 petang

Hari ini merupakan hari yang sibuk bagi kami sekeluarga sebab semua anak iaitu along, angah, wani, ira dan syu berkumpul. Peluang ini, kami gunakan untuk membeli belah, tambahan Year End Sale dah bermula! Banyak jugalah pasaraya yang kami jajah sehingga perut mulai berkeroncong! Balik ke rumah sudah agak lewat....lebih kurang jam 3 petang! Sementara kami menunaikan sembahyang zohor, suamiku menyediakan masakan di dapur....masak lemak sayur kacang!
 

Sayur lemak masakan suami  ~ enak!

 9 malam

Menu petang pula si suami bercadang mengoreng kuey teow dan mee goreng. Cadang tu nak masak lepas solat maghrib, tetapi kerana musibah yang menimpa angah, nak tahu klik sini  jadi masa mengoreng mee/kuey teow ini agak lewat iaitu sekitar jam 9 malam.


"Sedaplah kuey teow ni", kata along

"Mee goreng pun sedap", kata anak-anakku!

Sungguh bertuah rasanya mempunyai suami yang pandai masak....sekali sekala bolehlah kita berehat dan merasa masakan si suami.

9 comments:

  1. bahagianya akak....hrp2 yg bkl jd suami sy mcm ni la jugak nnt...tp dimanakah dia??hehe masih blm jmp2 lg nie...:)

    ReplyDelete
  2. untungnya kak.... bahagiakan sesekali suami masakkan tuk kita..

    *** In Shaa Allah ahad ni saya pos bedak kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK syiela...tak sabar menunggu bedak arab tu!

      Delete
  3. assalam dear..untung suami pandai masak..en.mama tau makan je !!..ha2x.. ;)

    ReplyDelete
  4. sedapnya suami akak ;-)

    www.cikfie.com

    ReplyDelete
  5. untungnye kak..wish my future husband pon rajin cmni... (=.=")

    ReplyDelete
  6. syukurrrrrr alhamdulillah kannn
    masak lemak tuu nampak sgt2 sedap !

    ReplyDelete
  7. memang beruntung, bley gak merasa masakan dr air tgn suami kan..?

    ReplyDelete
  8. Best kan dapat suami pandai masak.. ringan sikit beban klu kta tak larat nk masak..hehe..
    suami sy pun pandai masak..sesekali mmg dia yg akan masak utk kami...:)
    jalan2 & singgah follow sini #619

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)