Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, March 29, 2013

Laksa Kuah Putih/Kuah Mentah




Bahan utama

Laksa Beras




Bahan untuk kuah: 

2 keping ikan tenggiri
1/2 in halia
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu kecil lada hitam
Santan RM5.00
Air masak secukupnya
2 biji limau nipis ~ ambil jusnya





Cara membuat kuah:

1.Ikan tenggiri dibersihkan kemudian direbus bersama-sama lada hitam + asam gelulur + garam  hingga masak
2.Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
3.Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam (dalam air rebusan ikan) hingga lumat.
4.Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan air rebusan ikan dan garam secukup rasa.
5. Boleh tambahkan air masak jika terlalu pekat.
6. Jerang di atas api hingga kuahnya panas-panas suam kuku. Tutup api.
7. Perahkan jus limau dan sebatikan dengan kuah.


Ulam-ulaman:

Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang secukupnya dimayang
Kobis diracik halus
Timun dimayang
Daun kemangi - buang tangkai
Taugeh - buang ekor





Penyedap/Pelengkap:
Cili boh/ Lada lumat
Belacan



link-link/sumber :

laksa lemak terengganu @ laksa kuah putih
laksa kuoh putih terengganu
laksa kuah putih/kuah mentah
sarapan pagi ~ laksa

4 comments:

  1. 1st time tau pasal laksa kuah putih ni... teringin pulak nak rasa...

    ReplyDelete
  2. ehem..mama pernah makan laksa putih ni kat rumah kawan mama..sedap sgt..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)