Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, June 8, 2013

Macaroni Sup




Rasanya sudah agak lama saya tak masak macaroni ini. Tapi baru-baru ni, angah ada minta buat macaroni sebelum angah balik ke UM. Memandangkan sudah lama tak buat dan atas permintaan angah, jadi saya masaklah macaroni sup walaupun ketika itu tiada macaroni. Saya buat supnya dahulu dan kemudian beli macaroni di Giant ketika pulang mengambil ira di sekolah pada sebelah petangnya. Jom ikuti cara-cara memasaknya ...

Bahan utama : Macaroni ( setengah bungkus) - rebus sehingga lembut n toskan.

Bahan : Isi ayam + ubi kentang (potong dadu kecil-kecil)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis

Bahan perasa :
Sup bunjut
1 kiub perasa ayam
Serbuk lada hitam
Air secukupnya

Cara-cara memasak :

1. Tumiskan bahan tumis sehingga garing. Masukkan ayam + air + sup bunjut + ubi kentang + kiub perasa ayam + serbuk lada hitam. Garam + gula secukup rasa.

2. Setelah mendidih, masukkan macaroni yang telah ditoskan. Masak lagi sehingga mendidih. Tutup api. Siap untuk dimakan. Sedap dimakan panas-panas.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)