Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, June 9, 2013

Udang Galah masak lemak cili padi


Pada minggu lepas, suami tercinta ada membeli udang galah ketika bertugas di Lumut. Semua sudah tahukan, Lumut tu kawasan hasil laut yang segar-segar. Jadi hari ini, masaklah lauk udang ini, seperti biasa menu yang diminta oleh Wani, Ira dan Syu ialah masak lemak cili padi. Jom ikuti cara-caranya..

Bahan utama : 35 ekor udang galah (saiz sedang)

Bahan Kisar :
3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia muda
10 - 15 tangkai cili padi

Bahan Perasa :
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur

Bahan Pelengkap :
RM5 santan
ubi kentang - potong dadu
Air secukupnya

Cara memasak :
1. Satukan bahan kisar + bahan perasa + ubi kentang + santan (letak separuh dulu)= masak sehingga kentang empuk.

 2. Masukkan udang + lebihan santan + air + garam + gula secukupnya. Masak lagi sehingga udang masak. Matikan api dan hidangkan bersama-sama nasi putih panas.

**Jangan masak udang terlalu lama, nanti udang menjadi liat, tidak sedap dimakan!

5 comments:

  1. memang kegemaran seisi rumah acik ni..cuma acik tambah tempoyak ngan daun kunyit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh boleh cuba tu...mungkin rasanya seperti gulai tempoyak kan :)

      Delete
  2. woah sedapnya. lama dh tak makan udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala makan udang sedap juga!

      Delete
  3. dah lama tak makan udang galah.selalu saya suka buat gulai atau masak tempoyak :)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)