Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, June 13, 2013

Mee Rebus




Senang saja untuk memasak mee rebus ini. Jom kita ikuti cara-cara memasaknya.

Bahan utama : 2 paket mee kuning - basuh dan rendam seketika dalam air panas kemudian toskan.

Bahan-bahan :
Isi ayam
Bebola ikan
Sayur sawi manis
Serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam

Bahan tumis:
Bawang putih - mayang halus
Bawang besar kisar  - 2 atau 3 sudu besar

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, bebola ikan, serbuk lada hitam dan kiub pati ayam. Air secukupnya.
3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur sawi.
4. Akhir sekali masukkan mee ke dalam kuah. Biar seketika, angkat. Siap untuk dimakan bersama sos tomato, kicap manis dan sos kicap berlada (siapa yang suka pedas).
 

6 comments:

  1. simple tapi sedap....saya suka makanan berkuah....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, kita pun suka mee rebus n apa2 yang berkuah:)

      Delete
  2. dekat area tempat belalang ada satu kedai mee rebus yg famous...
    kedai dia sentiasa full house :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti sedapkan belalang, sbb tu full house sokmo tu...:)

      Delete
  3. sedap nya ni.
    saya makan laksa hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh laksa pun kesukaan saya juga!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)