Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, July 25, 2013

Bawal Masak Sweet Sour Berkentang


Minggu ini masak lauk ikan. Kali ini masak lauk ikan bawal sweet sour.  Istimewanya bawal sweet sour ini dihidangkan dengan kentang goreng. Jom ikuti resipinya.

Bahan utama : 2 ekor ikan bawal (potong 2) ~ goreng sehingga garing.

Bahan kisar :

5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar 
1 inci halia
1 tangkai cili padi

Bahan sos :

3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
air secukupnya

1 biji tomato -  belah 4 atau 6 
Kentang goreng

Cara memasak :
1. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air + garam + gula secukupnya.
2. Masukkan sos + tomato + air = sebatikan kuah.
3. Masukkan ikan setelah kuah agak pekat. Masak seketika dan matikan api. 

Hidangkan dengan kentang goreng. Biasanya kentang goreng ini dimasukkan dalam kuah, tetapi untuk berbuka puasa ini, saya asingkan supaya kentang tu tetap ranggup sehingga waktu berbuka.

Siap untuk juadah berbuka puasa pada hari ini. Selamat memcuba :)
 

1 comment:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)