BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, July 22, 2013

Nekbat


        Nekbat ini merupakan kuih tradisional melayu negeri Terengganu. Keistimewaan nekbat ini, iaitu kuih ini hanya muncul pada bulan Ramadhan. Oleh itu setiap kali menjelmanya bulan ramadhan, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menikmati kuih nekbat ini. Kuih ini sedap dimakan sejuk-sejuk yang sebelum itu disimpan dahulu di dalam peti sejuk.

         Keenakannya terasa apabila nekbat yang lembut bersalut sedikit air gula ini dapat menyejukkan tekak yang kehausan ketika berbuka puasa. Syukur alhamdulillah kerana Allah melimpahkan kepada kami untuk merasai kenikmatan nekbat ini.

        Hidangan nekbat untuk berbuka puasa kali ini dibuat oleh angah, sesiapa berminat nak tahu cara memasak nekbat ini, sila klik sini. Selamat mencuba :)

4 comments:

  1. wat doh jgk nekbat...hahha..payah nk temu kalu dok pose...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan cik dah, nekbat ni hanya ada dlm bulan pose je kang :)

      Delete
  2. mcm sedap je.....jgn lupa serta resepi,nk try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah nanti link kan ke resipinya :)

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...