Monday, June 29, 2015

Puding Coktail


Bulan-bulan puasa ni, rajinlah masuk dapur samada untuk menyediakan juadah berbuka atau menyediakan juadah pencuci mulut. Kali ini, sempat buat puding coctail. Nak resipinya, klik sini.

Puding ini sedap dimakan sejuk-sejuk. Jadi jika nak buat tu, elok dibuat di sebelah pagi. Jadi apabila nak berbuka tu, puding ini sudah sejuk setelah diletak dalam peti ais.

Selamat membuka dan menjamu selera dengan puding cok tail....

Masa nak makan tu, tuangkan sirap coktailnya..

Sunday, June 21, 2015

Nekbat



Semalam masak nekbat untuk berbuka puasa. Nikmatnya makan sejuk-sejuk. Juadah ni masa bukan ramadhan aje ada. Tu yang buat.

Selamat berpuasa dan berbuka ye..

Saturday, June 20, 2015

MURAH TERLAJAK NI!

Korang yang size kecil molek tu . Meh siniiii dekat2 . Untung sgt korang tauuu sbb now QOMA buat clearance stock utk size XS,S and M . Baju ni harga RM259 tapi untuk 3 size ni get yours at only RM139 . RM139 ONLY! Mak aiii murah gegiler ni . Almost separuh hargaaaa. Dan yg pasti Juwita menggunakan material Heavy Lycra yg tip top . Try sekali pasti jatuh hatiii !

Haaaa . Mana nak dapat . Baju branded harga RM139 uols . Siap ada metal label khas skali swarozski . Exclusive sgttt . PM saya untuk grab promo ini .
Untunglaaaaaaaaa size kecil2 ni

Whatsapp Nor Aiman di 0148230230 cepat-cepat ya. Jangan tangguh-tangguh, nanti habis! Kempunan pulak kan...nangis tak berlagu! Heheheh..



Friday, June 12, 2015

Beehoon Goreng Sotong

Pagi ini rajin pulak nak buat sarapan pagi. Menunya mudah saja~ beehoon goreng sotong.


Bahan-bahan:

4 keping beehoon ~ rendam sehingga lembut. Toskan.

3 ekor sotong  ~ potong bulat

Bahan tumis :

1 labu bawang besar ~ mayang nipis
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 kiub ayam
air secukupnya

Cara memasak :
1. Tumis bawang besar sehingga garing. Masukkan cili boh. Tumis lagi sehingga cili boh garing.Masukkan air sedikit.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Jangan lupa letak kiub ayam, garam + gula secukup rasa. Masukkan sotong. Sebatikan.
3. Masukkan beehoon + air. Tutup kuali dengan penutupnya. Kecilkan api. Tunggu dalam 3 - 5 minit untuk lembutkan beehoon. Kacau sebati. Siap untuk dihidangkan dengan kerepok keping.



Thursday, June 11, 2015

Promo,promo,promo Baju Raya!

Salam. 
PROMO ! PROMO ! PROMO !
Tengok tuuuuuuuu harga baru dan COMBO RM349 untuk dua-dua helai . RM349 dan boleh mix QEERA and JUWITA . YES! RM349 dapat 2 pasang baju . Selling fast yaaaa . Once sold out dah tak ada restock ya uols.
Ps : Nak beli sepasang pun boleh. Whatsapp Nor Aiman di 0148230230 cepat-cepat ya. Jangan tangguh-tangguh, nanti habis! Kempunan pulak kan...nangis tak berlagu! Heheheh..


 

Monday, June 8, 2015

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah : Kelas Berkuda!

Minggu pertama cuti sekolah agak sibuk dengan jadual anak-anak. Kelas tambahanlah dan pendaftaran pelajar baru di pusat-pusat pengajian tinggi. Sebagaimana Wani yang kini menjadi mahasiswi di UITM Machang.

Pada hujung minggu ini, sempatlah memenuhi keinginan ira untuk belajar menaiki kuda. Trek kuda tu pula tak terletak jauh dari rumahku. Dalam masa kurang 10 minit sudah sampai ke tempat yang dituju yang terletak di Permatang Badak. Seronok tak terhingga ira dapat menaiki kuda..

Hari pertama tu, naiklah kuda tu sambil jalan-jalan makan angin..dipanggil joyride selama 5 pusingan. Yang nak ketawa tu, si kuda tu tak nak jalan ...berdiri tegak je seperti dalam gambar tu! Rupa-rupanya ada cara untuk mengarahkan kuda tu berjalan atau bergerak. Kena hentakkan kaki ke badan kuda tu, barulah si kuda tu bergerak.. Nama kuda tu princess!


Tengok tu, si Princess tu dah mula nak berlarilah pulak bila mendengar arahan tuannya, Princess ini tak lah lari laju tapi ada iramanya yang kena seiring dengan gerak tubuh kita. Rithma ini dipanggil trot. Susah juga nampak gayanya Ira nak dapatkan keserasiannya. Terloncat-loncat tubuh Ira....


Wah, tengok tu, Ira dah dapat sikit-sikit iramanya dengan si Princess. Nampak seperti si zorro pun ada Ira ni. Hihihi..

Ramailah juga yang berminat dengan aktiviti berkuda ni. Setiap kali datang latihan, ada je budak-budak yang join seperti gambar bawah ni ...


Thursday, June 4, 2015

Tahniah Wani!

Isnin; 1 Jun 2015.

Perjalanan ke rumah ma pada jam 11 pagi. Bersama-sama ira, wani dan syu menaiki kereta Honda yang dipandu oleh suamiku menyelusuri Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Rawai. Tujuan utama untuk melihat cucu sedara suami.

Setibanya di Rawai, hidangan tengahari telah disediakan oleh Cu. Puding laici hasil tangan si anak dara tunggal Cu menyejukkan tekak. Makan dulu...alhamdulillah :) Terima kasih Cu....

Dalam pukul 3 petang, bertolak ke rumah ma. Singgah dulu di kedai laksa Bukit Kecil..untuk menu petang pulak. Dan kedai pisang goreng berhampiran SHAMS, beli mee goreng dan beehoon goreng untuk wani dan ira.

Tiba di rumah ma dalam pukul 4.40 petang. Rupa-rupanya ti, shukri dan pa belum sampai.

Selasa; 2 Jun 2015

8.30 pagi ~ Bertolak ke Machang, Kelantan. Tujuan utama, bukan untuk makan angin tetapi untuk menghantar wani ke UITM Machang sebagai pelajar baru di sana dalam jurusan Sains Matematik.

11.00 pagi ~ Tiba di UITM Machang. Alhamdulillah tiada halangan dalam perjalanan. Mudah saja sampai ke destinasi. Dalam masa lebih kurang 1 jam setengah semua urusan pendaftaran selesai.

1.00 ptg ~ Makan tengahari bersama-sama wani. Lepas ini, wani akan meneruskan pengajiannya. Semoga Wani dapat mengikuti pelajarannya dengan jayanya. Doa mak sentiasa mengiringi kejayaan wani. Ingat pesan mak..solat jangan lupa. Ingat tujuan utama ke sini..untuk menimba ilmu!

3.00 ptg ~ Kami bertolak pulang ke Kuantan. Meninggalkan wani bersama-sama impiannya, semoga menjadi kenyataan. Aamiin.

Tahniah Wani!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...