Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, June 12, 2015

Beehoon Goreng Sotong

Pagi ini rajin pulak nak buat sarapan pagi. Menunya mudah saja~ beehoon goreng sotong.


Bahan-bahan:

4 keping beehoon ~ rendam sehingga lembut. Toskan.

3 ekor sotong  ~ potong bulat

Bahan tumis :

1 labu bawang besar ~ mayang nipis
3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 kiub ayam
air secukupnya

Cara memasak :
1. Tumis bawang besar sehingga garing. Masukkan cili boh. Tumis lagi sehingga cili boh garing.Masukkan air sedikit.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Jangan lupa letak kiub ayam, garam + gula secukup rasa. Masukkan sotong. Sebatikan.
3. Masukkan beehoon + air. Tutup kuali dengan penutupnya. Kecilkan api. Tunggu dalam 3 - 5 minit untuk lembutkan beehoon. Kacau sebati. Siap untuk dihidangkan dengan kerepok keping.



No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)