BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, December 22, 2015

Pakaian Wanita Wajib Ada




Pernahkah anda terfikir, apakah jenis-jenis pakaian  yang sepatutnya anda miliki? Pakaian-pakaian ini pula merupakan  jenis-jenis pakaian yang mudah digayakan, paling praktikal, versatile dan sesuai dipakai dalam apa-apa situasi pun. Paling penting pakaian ini mestilah menutup aurat bagi kaum muslimah. Betul? Jadi, jom kita lihat apakah jenis pakaian wanita yang wajib dimiliki! Jangan ingat muslimah tidak boleh bergaya.. tapi menutup aurat!


1. Cardigans / Jackets
Saya percaya, setiap wanita pasti memiliki sekurang-kurangnya sehelai cardigans atau jackets! Baik wanita bertudung mahupun tidak bertudung. Jackets / Cardigans dipakai ketika cuaca sejuk atau dipakai sebagai "outerwear" kepada pemakaian baju berlengan pendek bagi wanita bertudung. Pastikan cardigans tu berlengan panjang..menutup aurat sepenuhnya.


2. Jeans
Apa lagi kalau bukan jeans! Jeans merupakan jenis seluar yang paling praktikal dan versatile. Ia boleh digayakan dengan apa jua pakaian dan boleh ditemui dalam pelbagai rekaan yang menarik. Amat sesuai dipakai sebagai “inner” jubah bagi menggantikan “pattycoat”.


3. Kemeja Putih

Ada lagi…. Majoriti berpendapat bahawa koleksi kemeja putih merupakan jenis pakaian yang wajib ada oleh bukan sahaja wanita, tetap setiap individu! Betul tak? Tepuk dada..jawab sendiri..hihihi


4. T-shirt Hitam
Tak dinafikan, hitam dan putih merupakan dua warna selamat yang sesuai dipadankan dengan apa jua warna. Mudah untuk digayakan dengan jaket bewarna putih. Pasti menyerlah warna hitam-putihnya.


5. Yoga Pants / Leggings
Pastinya, setiap dari kita mempunyai yoga pants samada dipakai ketika tidur atau dijadikan pakaian dalam yang dipakai menggantikan skirt!


No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...