Monday, May 8, 2017

MEE REBUS


Salam & selamat malam.

Semalam aku masak mee rebus untuk sarapan pagi. Almaklum peminat-peminat mee rebus ada di rumah! Semua sedang bercuti dari belajar kecuali syu yang sedang mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pertengahan tahunnya.

Jom ikuti bahan-bahan membuat mee rebus ini.

Bahan utama ~ 2 bungkus mee rebus. Basuh mee rebus dan rendam dalam air panas. Toskan apabila mee sudah lembut.

Isi ayam
Bebola ikan
Sayur sawi manis
Kiub pati ayam
Air secukupnya

Bahan-bahan tumis :

Bawang putih, bawang besar (kisar)
Lada hitam (tumbuk sehingga halus)

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan kiub pati ayam.
2. Masukkan isi ayam + bebola ikan + air secukupnya.
3. Setelah air mendidih, masukkan sayur. Setelah sayur sedikit layu, masukkan mee. Letak garam + gula secukup rasa. Hidangkan bersama-sama sambal kicap cili padi.

4 comments:

  1. Salam kenal....
    Kalau org Johor, mee rebus dia lain. Kuah dia dpd keledek atau kentang. Kalu yg ni kitaorang panggil mee sup....
    Tak kisahlah mcm mana pun kalau dah namanya makanan, mmg nampak sedap terliur ai hihi

    ReplyDelete
  2. Betul2..lain tempat lain resipinya. Yang penting sedap n disukai anak2.

    ReplyDelete
  3. Selalu bulan puasa bila tak tahu nak buka apa, ni lah menu plg senang dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu kegemaran anak-anak juga time puasa..makan lepas solat tarawih

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...