BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Wednesday, September 29, 2010

Rutin Harianku Berubah.....


lazimnya selepas sekolah

aku sibuk mengambil dan menghantar
anak-anakku...angah dan ira ke
kelas tambahan, pusat tuisyen atau ke KAFA
atau mengambil syu jika suamiku 'out station'

tapi kini
semenjak bak dimasukkan ke wad 8B di HTAA
aku terpaksa mengubah rutin harianku
jika aku mengambil syif menjaga bak di sebelah petang
angah, wani dan ira terpaksa menolongku
mengambil syu dari sekolah...
alhamdulillah mereka faham situasiku...

jika aku...
menjaga bak di sebelah malamnya pula
aku menyerahkan tugas mengejutkan anak-anak
di waktu pagi kepada suamiku
alhamdulillah suamiku memahami dan mengerti
kesulitan yang aku hadapi kini...

cuma satu...
yang bermain di benak fikiranku
bagaimana aku terpaksa menguruskan anak-anak
dan menjaga bak...
jika suamiku terpaksa 'out station' dalam jangka masa lama
sebagaimana yang berlaku sebelum ini....
semuanya aku berserah kepada Yang Maha Kuasa
kerana setiap sesuatu kekusutan pasti ada jalan penyelesaiannya

5 comments:

  1. ohhhh.dugaannye sekarang.cane kibak leh msk hospital smule?

    ReplyDelete
  2. Sebab apa tak keluar 'font'nya yang betul....tak boleh baca; kena pakai google translate baru boleh baca;

    Setelah buat kajian sikit tentang kidney baru tahu bahawa jika kidney kita tidak function properly selera makan akan hilang terutamanya selera untuk makan protein spt ayam, ikan etc. Macam yang dialami oleh Bak.Lepas tu kalau makin teruk, pesakit akan menolak semua jenis makanan kerana rasa makanan tu macam besi apabila dia makan.
    Artikel tu kata kalau buat dialisis mungkin selera akan datang semula. Mungkin....

    ReplyDelete
  3. ida~ki bak tak boh makan,jd tak ada tenaga,sbb tu kena masuk hosp. semula


    saloma~doktor kabo kidney bak dah kembang sikit, mustahaknya bak kena makan...

    nanti ga tukar font lain...supaya boleh dibaca!

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah Bak dah makan banyak sikit hari ni...moga bak bertambah sihat gitu juga ma

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah...sama2lah kita berdoa.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...