Semalam, aku dan anak-anak ke pasar malam untuk membeli apa-apa yang berkenaan di hati. Macam-macam ada, jadi macam-macamlah aku dan anak-anakku beli.....ada lebih kurang RM50!
Dalam duk cari makanan tu, aku pun ternampaklah seorang pengemis ni, siap pakai songkok duduk bersila di tepi satu gerai. Jadi akupun keluarkanlah duit RM1 untuk disedekahkan kepada si pengemis ini. Tup-tup aku dihalang oleh angah! Sambil angah menarik tanganku dan berkata,"nanti angah ceritakan..." Anak-anakku yang lain hairan melihat keadaan itu!
Angah pun berceritalah, bahawa si pengemis tu, bukannya beragama Islam, tapi sebenarnya beragama budha (si pengemis ini memakai rantai ada gambar budha yang di selitkan dalam bajunya). Tapi yang aku terkejutnya apabila angah memberitahu aku, duit hasil sedekah itu digunakan untuk membeli TOTO!!
Penipu betul si pengemis ini. Jadi sebelum bersedekah tu, pastikan si pengemis tu betul-betul tak berupaya bekerja dan hasil duit tu digunakan untuk kebaikan! Jangan tertipu seperti aku!