Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Jadikan Teladan/Panduan



Tuesday, March 15, 2011

Kesan Pencemaran Air

Kegiatan manusia mengejar pembangunan telah mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air. Antara kesan-kesan pencemaran air ialah :

~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong!

~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

~ Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan akan mati.

~ Habitat Flora dan Fauna Musnah
Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan penebangan hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan faunanya. Jika keadaan ini berlarutan, hidupan akuatik seperti udang dan ikan belacak akan musnah. Kemusnahan pokok paya bakau juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan tepi pantai giat berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem hutan paya air masin!


~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir. Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut.


~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun atau kollera.

Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai, tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Sama-samalah kita menjaga sumber air bumi kita!




8 comments:

  1. air itu penting.. kalau dah tercemar.. huhu..

    ReplyDelete
  2. sebab tu kena pastikan sumber air sentiasa bersih! bayangkan tiada lagi air bersih di bumi kita, apa akan jadi??

    ReplyDelete
  3. ckgu mcm mna kalo sy nk kaitkn kesan pncmrn sngai dgn pnyakitt ? ..sy sgt mmrlukannya..

    ReplyDelete
  4. Anonymous~penyakit drp air yg x bersih spt taun atau kolera akibat banjir berterusan! Juga boleh menyebabkan penyakit kulit spt gatal-gatal di seluruh badan, kaki dan tangan.

    ReplyDelete
  5. bila la msalah air nie akan berhenti..setiap hari ada je masalah tentang pencemaran air nie berlaku...sy harap pihak berkuasa dapat menangani masalah ini!!!!

    ReplyDelete
  6. saya harap pihak berkuasa dpt menangani masalah pencemaran air ni!!!

    ReplyDelete
  7. cikgu macam mana cara cara hargai sungai? thanks :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke link ini

      http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/langkah-mengurangkan-pencemaran-air.html#axzz2evEAsj6t

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...