BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label fenomena cuaca. Show all posts
Showing posts with label fenomena cuaca. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Ombak Mengganas Lagi!






angin monsun timur laut melanda lagi
membawa hujan lebat di pantai timur kini
Kelantan, Terengganu dan Pahang di landa banjir kini

pusat-pusat peranginan pantai tidak selamat kini
pengunjung dilarang manda mandi di sini
bimbang ada nyawa yang melayang nanti
kerana ombaknya kini mengganas lagi....!


Wednesday, October 12, 2011

Hujan Asid


1. Rajah di atas menunjukkan fenomena ~ hujan asid

2. Punca/sebab berlakunya hujan asid ialah

~ asap kilang
~asap kenderaan
~pembakaran bahan api fosil
~logi peleburan logam

3. Kawasan yang kerap dilanda hujan asid ialah :

~kawasan perindustrian
~kawasan bandar

4. Kesan hujan asid terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar ialah :

~pencemaran air
~sakit mata
~sakit kulit
~kerosakan buah pinggang
~kemusnahan tanaman/tumbuhan
~kemusnahan hidupan akuatik

5. Langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kejadian hujan asid :

~Kuatkuasa undang-undang
~Kempen alam sekitar
~Pendidikan alam sekitar
~Guna petrol tanpa plumbum
~Pasang penapis asap
~Tanam pokok
~Guna tenaga alternatif yang mesra alam (biomas, hidro, tenaga suria)
~Pasang Catalytic converter pada kenderaan

Saturday, October 1, 2011

Langkah mengatasi jerebu di bandar-bandar besar

Kejadian jerebu berlaku kerana tindakan manusia. Oleh itu, kita sebagai penghuni di bumi ini terutama penduduk di kawasan bandar boleh mengurangkan kejadian jerebu dengan langkah-langkah berikut :

~ penggunaan penapis asap untuk kilang

~ penggunaan penapis asap / catalytic converter pada kenderaan
~ penggunaan petrol tanpa plumbum / NGV
~ kongsi kereta
~ guna pengangkutan awam
~ menjalankan aktiviti pembinaan/perlombongan jauh dari bandar
~ menanam lebih banyak pokok
~ tindakan undang-undang
~ kempen alam sekitar
~ pendidikan alam sekitar
~ kitar semula
~ guna insinerator/pembakaran sampah tertutup


Friday, September 30, 2011

Jerebu


Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.


Punca-punca kejadian jerebu :

~kebakaran hutan
~kebakaran gambut
~pembakaran terbuka
~pembakaran bahan api fosil
~asap kilang/industri
~asap kenderaan
~debu/partikel dari kawasan perlombongan kuari
~kekurangan pokok di bandar


sumber : wikipedia Bahasa Melayu (Ensiklopedia Bebas)

Wednesday, March 16, 2011

Langkah Mengurangkan Pencemaran Air

sumber air yang belum dicemari


Sumber air yang bersih amat penting untuk kita. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil, bagi memastikan sumber air selamat untuk digunakan pada masa kini dan masa hadapan. Antara langkah-langkahnya ialah :

~ Kuat Kuasa Undang-Undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar seperti membuang sisa toksid ke dalam sungai, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~ Rawatan Air Kumbahan
Bagi memastikan air kumbahan dari sektor perumahan dan perhotelan yang dialirkan ke sungai tidak mencemari sumber air ini, air kumbahan itu perlulah dirawat. Di setiap negeri terdapat konsortium yang dipertanggungjawabkan merawat air kumbahan. Contohnya Konsortium Indah Water merupakan agensi yang berperanan penting memastikan air kumbahan ini dirawat di logi-logi yang terdapat di kawasan perumahan, kompleks membeli belah dan kawasan perhotelan di daerah Kuantan, Pahang.

~ Kempen Cintai Alam Sekitar
Bagi memastikan sumber air seperti sungai tidak tercemar. beberapa kempen dijalankan di TV oleh Jabatan Alam Sekitar. Antaranya "Sungaiku, Hidupku" dan Projek Sungai Angkat yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di daerah masing-masing.

~ Pendidikan Alam Sekitar
Bagi menimbulkan kesedaran pentingnya menjaga sumber alam supaya tidak tercemar, beberapa persatuan atau badan bukan kerajaan telah ditubuhkan. Antaranya ialah Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Malaysia (WWF). Malah di peringkat sekolah juga ditubuhkan kelab atau persatuan yang menjadi ahli persatuan ini di peringkat kebangsaan seperti Kelab Pencinta Alam dan Kelab LEO. Melalui aktiviti seperti Sambutan Hari Bumi Sedunia oleh MNS, telah menyemaikan rasa tanggungjawab dan kesedaran kepada setiap individu untuk menjaga alam sekitar.

Tuesday, March 15, 2011

Kesan Pencemaran Air

Kegiatan manusia mengejar pembangunan telah mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti berlakunya pencemaran air. Antara kesan-kesan pencemaran air ialah :

~ Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai. Selain itu, timbunan sampah itu juga boleh mencacatkan pemandangan dan menimbulkan imej yang tidak baik bagi pelancong!

~ Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap nelayan juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.

~ Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam sungai, menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini berlarutan, ikan akan mati.

~ Habitat Flora dan Fauna Musnah
Kegiatan pembinaan seperti projek perumahan yang melibatkan penebangan hutan paya bakau telah memusnahkan habitat flora dan faunanya. Jika keadaan ini berlarutan, hidupan akuatik seperti udang dan ikan belacak akan musnah. Kemusnahan pokok paya bakau juga menyebabkan hakisan tebing sungai dan tepi pantai giat berlaku. Ini merupakan kesan buruk kepada ekosistem hutan paya air masin!


~ Banjir
Ekoran daripada kegiatan pemendapan kelodak dan lumpur dari kawasan pembinaan di tebing sungai, juga telah menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Ketika hujan lebat, kawasan rendah di tebing sungai akan dilanda banjir. Contohnya, kawasan perumahan di tebing Sungai Kuantan sering dilanda banjir terutama ketika musim Monsun Timur Laut.


~ Penyakit
Keadaan banjir yang berterusan, juga boleh membawa risiko terdedah kepada penyakit seperti taun atau kollera.

Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan sumber air seperti sungai, tasik dan laut supaya selamat untuk digunakan. Ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu. Sama-samalah kita menjaga sumber air bumi kita!




Sunday, March 13, 2011

Punca-punca Pencemaran air

Definisi pencemaran air

Menurut Wikipedia Ensiklopedia, pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Punca-punca pencemaran air

~pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

~sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

~sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai.

~tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.


Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

~aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Bau

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

~
Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah. Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.


Pihak sekolah juga telah menghantar surat pemberitahuan kepada Majlis perbandaran Kuantan tentang kegiatan penternakan ayam di tepi pagar sekolah. Dengan ini, diharap pihak PBT mengambil tindakan yang sewajarnya.

~ Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

~ Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.

~ Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula.




Wednesday, March 9, 2011

Kesan-Kesan Pencemaran Bau


Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

~bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

~udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk.

~pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

~penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.

~air tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.


Tuesday, March 8, 2011

Punca-punca Pencemaran Bau




Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekirannya. Bau yang busuk dan menjijikan menyukarkan pernafasan. Udara tercemar dan mengganggu aktiviti harian penduduk.

Antara punca-punca pencemaran bau ialah

~dari kawasan pelupusan sampah
Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk dan ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

~dari kawasan penternakan ayam
Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi!

~dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan
Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

~dari aliran parit yang tersumbat
Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

~dari sikap pengguna
Penggunaan tandas tanpa usaha untuk menjaga kebersihannya juga menyebabkan berlakunya pencemaran bau. Sikap pelajar yang menyerahkan tugas membersihkan tandas kepada pekerja swasta di sekolahnya menyebabkan mereka tidak menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya.


Pencemaran Alam Sekitar

Definisi~Wikipedia Ensiklopedia Bebas menakrifkan....

Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.

Bentuk pencemaran~

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:

Cara pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.


Sumber : wikipedia ensiklopedia

Tuesday, March 1, 2011

Kesan Pencemaran Udara

Kesan pencemaran udara termasuk :

~ pembentukan
jerebu yang mengurangkan keternampakan dan menjadikan waktu siang gelap.

~
gangguan kesihatan termasuk menghidap sakit kepala, sakit mata, sesak nafas dan selsema

~ kejadian
hujan asid yang boleh melecurkan kulit manusia dan haiwan.

~
suhu meningkat kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan perkilangan.

~
Udara tercemar kerana di dalam udara dipenuhi dengan gas-gas beracun seperti karbon dioksida dan karbon monoksida.

untuk maklumat lanjut sila klik disini





Wednesday, October 20, 2010

Hujan Asid



Hujan asid merujuk kepada air hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5.6. Hujan asid merupakan pemendapan asid dan bahan yang dapat membentuk asid.
Punca kejadian hujan asid :
~pembakaran bahan api fosil (penjanaan kuasa terma)
~loji peleburan logam dan kenderaan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen oksida
~pelepasan gas beracun daripada sektor perindustrian

Kesan hujan asid :
~merosakkan bangunan, melunturkan cat dan besi menjadi berkarat
~Keasidan tanah meningkat menyebabkan kesuburan tanih merosot
~merosakkan tanaman dan tumbuhan
~pencemaran air terutama air minuman
~memusnahkan hidupan air/akuatik
~menjejaskan kesihatan manusia, kesihatan terganggu, penyakit mata, penyakit kulit dan menjejaskan pernafasan



penerangan lanjut, klik disini

Tuesday, October 19, 2010

Pulau Haba~Fenomena Cuaca di Bandar Besar


Pulau haba ditakrifkan sebagai peningkatan suhu sesebuah bandar berbanding suhu di kawasan sekitar. Contohnya, suhu di Lembah Klang (Kuala Lumpur) ialah beberapa darjah Celsius lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi pulau haba.


Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau haba :

~bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar

~susunan bangunan yang rapat menghalang laluan tiupan angin

~binaan bangunan yang terdiri daripada cermin dan kaca juga memerangkap haba

~
konkrit dan asfalt juga membebaskan haba secara perlahan-lahan pada waktu malam

~sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan kenderaan bermotor

~pencemaran di bandar - karbon dioksida, wap air dan zarah menyerap dan membalikkan sebahagian daripada sinaran gelombang panjang. Jika tidak, sinaran ini akan terus naik ke angkasa.

~kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas karbon dioksida dan menyederhanakan suhu. Tetapi di kawasan bandar kekurangan tumbuh-tumbuhan. Ini menyebabkan bandar menjadi panas.

Kesan Pulau Haba :

~keselesaan terjejas kerana suhu panas dan mengganggu aktiviti kehidupan penduduk bandar.

~bahan binaan dan reka bentuk bangunan terpaksa diubahsuai

~penggunaan tenaga akan bertambah untuk menyejukkan keadaan yang akan menambahkan kandungan gas rumah hijau.

~kawasan bandar berjerebu. Jerebu berlaku kerana asap dan habuk dari kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka.

~menjejaskan kesihatan penduduk terutama golongan kanak-kanak



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...