Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, March 18, 2011

Paceri Nenas

Resipi paceri nenas ini merupakan resipi tok ma. Tok Ma masak paceri nenas ini masa zaman aku sekolah dulu-dulu. Sedap dimakan bersama-sama gulai ikan masin dan nasi putih. Boleh juga dimakan sebagai acar bersama-sama nasi minyak.

Bahan-Bahannya:

1/2 biji nenas (potong segi tiga)
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
10 batang bunga cengkih
sedikit kulit kayu manis (tak letak pun tak pe)

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang kisar dan cili boh bersama cengkih/kulit kayu manis sehingga naik bau dan garing.

2. Masukkan nenas dan masak sehingga nenas sebati dengan kuahnya. Dah siap untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. nenek saya suke buat pajeri nenas ni dulu..bile nak balik uni je mesti suh nenek wat banyak2 utk bekal..hehehe

    ReplyDelete
  2. betul tu cadlynn, dah lama juga x makan pajeri nenas ini. Tu yg buat bila ada nenas t'peruk dlm peti ais.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...