BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, May 19, 2011

Surat Bermastautin!

Sudah seminggu isu ini berlarutan. Tak selesai-selesai juga. Tambah memeningkan memikirkan formatnya, macam mana perlu ditulis! Adakah seperti surat akuan atau surat rasmi yang biasa aku tulis! Search google~ tak jumpa! Surat bermastautin ini diperlukan (angah) untuk mendapatkan duit bantuan pelajaran ke IPT! Mula-mula tu dah pergi ke pejabat Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur untuk dapat duit itu, tapi ditolak sebab tak ada surat bermastautin ini! Almaklum kami anak-beranak~anak jati Trengganu!

Jadi hari ni, jam 3 petang bersama-sama dengan angah pergi ke Pejabat Daerah & Tanah Kuantan untuk dapatkan surat bermastautin ini. Siap bawa surat pengesahan majikan suami lagi, sebagai bukti! Sampai saja di pejabat daerah ini, terus ke kaunter pertanyaan, di mana nak dapatkan surat bermastautin ini. Aku dan angah diarahkan ke bilik Penghulu (bertugas hari Selasa & Khamis saja). Intai-intai dalam bilik Penghulu ni~penuh ramai customer! Mereka suruh masuk,jadi kami pun masuk! Terus duduk di depan meja Penghulu. Penghulu keluarkan satu borang, dia sain,kemudian minta angah isikan maklumat dalam borang tu. Siap!

Aku & angah terpinga-pinga, "dah siap ke?",aku tanya...minta kepastian. "Ya!",jawab Penghulu yang bertugas. Tak sampai pun 10 minit! Tak sangka semudah itu rupanya membuat surat bermastautin.

Petang itu juga, aku & angah ke Yayasan Pahang~seronoknya angah sebab RM500 akhirnya berada dalam genggamannya!

5 comments:

  1. saya pun tak tau tentang surat nie...

    Apa2 pun janganlah joli duit tu...

    ReplyDelete
  2. Tinta Emas~betul tu, kalau tidak kerana angah saya pun tak tahu rupa2nya amat mudah nak dapatkan surat bermastautin!Terfikir,mungkin ada pihak yg salah gunakan 'peluang' ini!
    Oh, duit tu simpan utk kegunaan belajar di UM nanti.

    ReplyDelete
  3. hi, saya asal seremban, tpi sudah kahwin 7tahun dekat kuala terengganu ,3anak pun lahir dekat k.t. macam mana i dapatkan surat bermastautin?
    tempat mana i boleh pergi?
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, puan boleh pergi ke pejabat daerah n tanah k.trg. Kalau tak silap saya, pejabat daerah n tanah ni terletak bersebelahan dengan sekoleh rendah chung hwa n berhadapan dengan dengan Mydin Mall.

      Delete
  4. Sekarang ni kena pergi ke balai penghulu daerah tempat tinggal masing-masing. Bukan lagi di Pejabat Tanah & Galian.

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...