Monday, August 15, 2011

Nekbat



Nekbat ini merupakan pencuci mulut tradisional masyarakat Melayu di Terengganu. Hari tu, pergi bertandang ke blog k. nor, terbaca entri nekbatnya, rasa-rasa teringinlah pulak nak makan nekbat. Hajat nak makan nekbat ini dapat ditunaikan apabila si suami membeli nekbat mentah di pasar.

Penyediaan nekbat ini amat mudah, iaitu masakkan air + gula + satu helai daun pandan. Kemudian masukkan nekbat ini setelah air mendidih. Usai sudah penyediaannya, senangkan!

Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk, jadi simpan dalam peti ais sehingga waktu berbuka. Seronoknya dapat makan nekbat nanti....

2 comments:

  1. Nakkk nekbattt!!!wuuu.teringin sangat nak makan.

    ReplyDelete
  2. merah~sorry ya kat sana x da, tunggu balik m'sia ...tutup mata please!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...