BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, November 26, 2015

Bingka Ubi Kayu

Pagi tadi rezeki sungguh. Tak sangka ustazah Rohani akan bagi ubi kayu yang ditanam di kawasan rumahnya. Sebatang je ustazah bagi, tapi besarnya ubi kayu tu mengalahkan saiz lenganku!

Wani dan syuhadah yang amat-amat gembira apabila ku bagitahu nak buat bingka ubi kayu. Merekalah yang menyagat ubi dan memerah ubi untuk membuang airnya. Lebihan ubi kayu tu, aku rebus je...sedap dimakan dengan nyior parut atau cicah gula! Makan begitu saja pun sedap.

Berbalik kepada bingka ubi ni, aku masak dalam pan ajaib je....senangkan!

masak selama 45 - 60 minit
 Inilah rupanya bingka ubi kayu ku setelah dikeluarkan dari pan ajaib..

Sedap dimakan masa panas-panas!


Musim hujan ni, banyaklah bekalan ubi kayu kerana jika tidak diambil ubinya nanti akan rosak!
Syukur alhamdulillah rezeki dari MU hari ini.

Nak resipinya klik sini


Sunday, June 21, 2015

Nekbat



Semalam masak nekbat untuk berbuka puasa. Nikmatnya makan sejuk-sejuk. Juadah ni masa bukan ramadhan aje ada. Tu yang buat.

Selamat berpuasa dan berbuka ye..

Tuesday, July 30, 2013

Cornflakes Madu


Menjelang hari raya, anak-anakku pasti sibuk menyediakan biskut cornflakes madu. Ini merupakan biskut raya yang mesti disediakan kerana biskut ini menjadi kegemaran ramai! Cara membuatnya juga mudah. Bahan yang diperlukan ialah 1 kotak cornflakes bersaiz besar + 1/4 buku buttercup (cairkan di atas api) + madu secukupnya.  Bakar selama 25 - 30 minit dengan suhu 180 darjah celsius.


Lihat tu, siap letak dalam tabung dan bersil salotape supaya tidak masuk angin! Kalau dah lemau, tidak sedap lagi...

Cornflakes madu ini dibuat oleh namia, admin blog sehari di dapur dan aimida clothing.

Monday, July 22, 2013

Nekbat


        Nekbat ini merupakan kuih tradisional melayu negeri Terengganu. Keistimewaan nekbat ini, iaitu kuih ini hanya muncul pada bulan Ramadhan. Oleh itu setiap kali menjelmanya bulan ramadhan, kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menikmati kuih nekbat ini. Kuih ini sedap dimakan sejuk-sejuk yang sebelum itu disimpan dahulu di dalam peti sejuk.

         Keenakannya terasa apabila nekbat yang lembut bersalut sedikit air gula ini dapat menyejukkan tekak yang kehausan ketika berbuka puasa. Syukur alhamdulillah kerana Allah melimpahkan kepada kami untuk merasai kenikmatan nekbat ini.

        Hidangan nekbat untuk berbuka puasa kali ini dibuat oleh angah, sesiapa berminat nak tahu cara memasak nekbat ini, sila klik sini. Selamat mencuba :)

Friday, August 17, 2012

Hidangan terakhir berbuka puasa : Nekbat


Hari ini sudah 28 Ramadhan

Bermakna sudah sampai ke penghujungnya
ramadhan tahun 1433H
Umat Islam pun sudah ramai pulang ke kampung
Untuk berhari raya dengan kaum keluarga  tercinta!

Hari ini nekbat hidangan berbuka puasa kami sekeluarga
sebagai hidangan terakhir kami ramadhan kali ini...
semoga kita akan bersua kembali dengan ramadhan
di tahun hadapan....
insyaAllah!! 


Tuesday, December 27, 2011

Pisang Goreng Bijan


Setiap kali lalu di belakang bangunan Tunas Manja Indera Mahkota, aku akan terpandang gerai pisang goreng ini. Apa yang menarik perhatian aku ialah label yang ditulis 'pisang goreng bijan'. Aku tak pernah makan lagi, jadi baru-baru ni apabila lalu lagi di situ, aku bersama-sama along berhentilah di gerai ini membeli pisang goreng bijan. Nak rasa macam manalah rasanya...rupa-rupanya sedap. Ranggup dan enak rasa pisang berbijan ini.... tak rugi aku singgah membelinya:)

Sunday, December 25, 2011

Apam Belang Along

Khamis, 22 Disember, 2011


cantikkan apam belang alongku..

Petang tadi, along membuat kuih apam. Aku begitu asyik sekali melihat along membuat kuih apam itu. Kalau diikutkan hati aku, mahu aje aku kukus apam itu sekali gus tanpa membuat coraknya yang berwarni-warni tu. Tapi bila dah siap cantiklah pulak rupa apam belang along ini.



Nak tahu resipinya, silalah klik sini.

Monday, August 15, 2011

Nekbat



Nekbat ini merupakan pencuci mulut tradisional masyarakat Melayu di Terengganu. Hari tu, pergi bertandang ke blog k. nor, terbaca entri nekbatnya, rasa-rasa teringinlah pulak nak makan nekbat. Hajat nak makan nekbat ini dapat ditunaikan apabila si suami membeli nekbat mentah di pasar.

Penyediaan nekbat ini amat mudah, iaitu masakkan air + gula + satu helai daun pandan. Kemudian masukkan nekbat ini setelah air mendidih. Usai sudah penyediaannya, senangkan!

Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk, jadi simpan dalam peti ais sehingga waktu berbuka. Seronoknya dapat makan nekbat nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...